Awam Kerajaan Warga JAWHAR

LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK WAKAF DI PULAU PINANG

Lawatan Kerja Ketua Pengarah bulan September telah diadakan pada 22 dan 23 September 2016 di 2 projek pembangunan hartanah wakaf  JAWHAR di Pulau Pinang iaitu Projek Pembinaan Kediaman Pangsapuri di Teluk Air Tawar Butterworth dan di Sungai Nibong Pulau Pinang.

jawhar-123

Tujuan lawatan ini adalah memastikan supaya pelaksanaan projek ini berjalan dengan lancar mengikut jadual seperti yang dirancangkan. Lawatan kerja ini dihadiri sama oleh pegawai daripada JKR CKBA, JKR Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), JAWHAR, ICU Pulau Pinang dan Kontraktor.

jawhar-064

Berdasarkan pemantauan, JAWHAR dan JKR sentiasa memperingatkan kedua-dua kontraktor berkenaan supaya meningkatkan jumlah pekerja di tapak mengikut keperluan semasa disamping memastikan bekalan bahan binaan mencukupi selari dengan jadual pelaksanaan kerja.

jawhar-016

Pada masa yang sama, JAWHAR meminta pihak JKR supaya terus membuat pemantauan dengan lebih rapi disamping memberi panduan dan bimbingan dengan lebih jelas kepada pihak kontraktor bagi melaksanakan kerja dengan lancar dan teratur untuk memastikan projek ini dapat disiapkan mengikut jadual.

jawhar-038

jawhar-088

jawhar-002

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 25 November, 2020 @ 5:01 PM
Top