Awam Kerajaan Warga JAWHAR

LAWATAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM) KE JAWHAR

31 Oktober 2016. Satu Diskusi Wakaf  telah dianjurkan oleh JAWHAR untuk pelajar-pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan Islam Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) pada 31 Oktober 2016.

1

Diskusi Wakaf selama sehari tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang pentingnya wakaf dalam membantu pembangunan ekonomi sesebuah negara. Di samping melahirkan mahasiswa yang celik wakaf  diharapkan diskusi ini juga dapat menyebarkan kefahaman wakaf kepada masyarakat dalam pengertian yang sebenar.

YBrs. Tuan Ahmad Musadad bin Hj Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR telah sudi memberikan kata alu-alaun bagi menyambut kehadiran pelajar-pelajar KUIM yang diiringi oleh Cik Norizan Samri, Pensyarah subjek pengurusan pembangunan wakaf (PPI 3143) KUIM. Satu tajuk berkaitan Pembangunan Wakaf di Malaysia telah disampaikan oleh Tuan Haji Zainal bin Hj Mohd Yusoh,AMN Pegawai Wakaf JAWHAR semasa sesi dialog tersebut.. Pada sebelah petangnya satu sesi soal jawab telah diadakan bersama pelajar-pelajar bagi memberi peluang bertanyakan sebarang persoalan lanjut berkaitan wakaf.

3

Diskusi Wakaf diakhiri dengan pertukaran cenderahati bagi kedua-dua pihak antara JAWHAR dan KUIM.

2

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.32 Subuh 5.42 Syuruk 07.01 Zohor 13.12 Asar 16.34 Maghrib 19.20 Isyak 20.34
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 1 Jun, 2020 @ 10:46 AM
Top