Awam Kerajaan Warga JAWHAR

LAWATAN DELEGASI NEGARA OMAN KE JAWHAR

18 September 2013 (Rabu) – Seramai empat orang pegawai daripada Majlis Wakaf Diraja Sultan Qaboos dari Negara Oman telah mengadakan lawatan ke Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Mereka diketuai oleh Mr. Habeeb Muhammad Ar-Riyami, Setiausaha Agung Pusat Kebudayaan dan Saintifik Sultan Qaboos, Dr. Syeikh Abdulazeez Salman Al-Kharusi, Mr. Sulaiman Muhammad Al-Yahyaei, Perunding Pelaburan Hal Ehwal Istana Sultan Qaboos dan Mr. Muhammad Ahmad As-Salmani, Pengarah Pentadbiran Masjid dan Wakaf.

 

Rombongan mereka tiba di JAWHAR pada jam 9.15 pagi dan disambut oleh urusetia JAWHAR dan dibawa ke Bilik Gerakan JAWHAR. Encik Abdul Halim bin Sunny selaku Pengacara Majlis mempersilakan YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Sebagai tuan rumah, beliau mengucapkan selamat datang kepada semua anggota delegasi tersebut yang merupakan ahli akademik dan pentadbiran Majlis Wakaf Diraja Sultan Qaboos. Beliau turut menyampaikan penerangan dan maklumat berkaitan aktiviti JAWHAR yang telah dilaksanakan sejak dahulu hinga kini. Menurut beliau, apa yang dilaksanakan JAWHAR merupakan pendekatan baru dalam bidang wakaf dan hasilnya amat berjaya di mana masyarakat kini telah mula sedar tentang kepentingan wakaf dan potensinya yang besar yang boleh meningkatkan taraf sosio ekonomi umat Islam. Kemudian, Pengacara Majlis menjemput  Mr. Habeeb Muhammad Ar-Riyami,Setiausaha Agung Pusat Kebudayaan dan Saintifik Sultan Qaboos selaku Ketua Delegasi untuk menyampaikan ucapan balas. Beliau menyampaikan jutaan terima kasih kepada JAWHAR atas kesudian menerima kehadiran delegasi rombongan dengan meriah. Dalam ucapan balas ini, beliau memaklumkan objektif kunjungan adalah untuk mengeratkan hubungan antara Oman dan Malaysia di mana kedua-dua pihak boleh berkongsi dan menimba ilmu pengetahuan dalam bidang pengurusan wakaf kontemporari.

Beliau turut menerangkan bahawa di Oman terdapat dua entiti wakaf iaitu Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam yang diuruskan oleh Kerajaan Oman. Sebuah entiti lagi ialah Majlis Wakaf Diraja Sultan Qaboos yang diuruskan sendiri oleh pihak istana. Walaupun kedua-duanya merupakan entiti yang berasingan, namun halatuju dan matlamatnya adalah sama dan selari kerana kedua-duanya merupakan agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Oman yang diketuai oleh Sultan Qaboos.  

 

Agenda seterusnya ialah tayangan video korporat JAWHAR yang memberikan banyak maklumat berkaitan sejarah, visi, misi, bidang teras dan pencapaian JAWHAR hingga ke saat ini. Delegasi diberikan penerangan tentang pembinaan hotel-hotel wakaf di atas tanah wakaf yang menjana keuntungan kepada  Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang terlibat. Setakat ini, terdapat empat buah hotel wakaf iaitu Hotel Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka; Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan dan Hotel Seri Warisan, Taiping, Perak.

 

Selain itu, YBhg. mereka turut memberikan penerangan tentang kejayaan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh JAWHAR di atas tanah wakaf seperti Kompleks Pendidikan Al-Masshoor Al-Islami, Balik Pulau, Pulau Pinang; Pusat Hemodialisis, Batu Pahat, Johor; Asrama Anak Yatim, Derga, Alor Setar, Kedah; Asrama Pelajar, Besut, Terengganu; Asrama Anak Yatim, Machang, Kelantan; Pusat Perlindungan Wanita, Perling, Johor Bahru, Johor; dan Pusat Kegiatan Saudara Baru Muslim Kompleks Dar As-Sa’adah, Seremban, Negeri Sembilan.

 

Sesi perbincangan berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan mesra. Pihak delegasi mengajukan banyak soalan berkaitan kerjasama dalam bidang wakaf. Mr. Habeeb Muhammad Ar-Riyami menyatakan hasrat untuk membuat kajian berkaitan wakaf yang boleh dimanfaatkan untuk maslahat ummah.

 

Di akhir majlis, pihak JAWHAR telah bertukar-tukar cenderamata dengan pihak Majlis Wakaf Diraja Sultan Qaboos sebagai tanda kenang-kenangan dan silaturrahim yang berkekalan. Majlis lawatan berakhir pada jam 11:30 pagi dan semua delegasi menikmati jamuan makan yang disediakan.


Klik sini untuk lain-lain gambar

File snap here for info into the dining hall for breakfast, about twenty of us dripping wet

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top