Awam Kerajaan Warga JAWHAR

LAWATAN KERJA YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI KE JAWHAR

Putrajaya 14 Januari 2013 – YB Mejar Jen. Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan lawatan kerja ke JAWHAR yang diadakan di Bilik Gerakan JAWHAR pada jam 12.00 tengahari. Ia dihadiri oleh warga JAWHAR, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Pertubuhan Zakat Antarabangsa (WZO).  

Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan dan selamat datang oleh YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian YB Menteri berkunjung ke JAWHAR yang merupakan sebuah agensi Islam yang sedang berkembang maju dalam menyemarakkan usaha-usaha pembangunan sosio ekonomi ummah. Lawatan kerja ini juga menunjukkan keprihatinan YB Menteri terhadap agensi Islam di bawah seliaan beliau.

YB Menteri kemudian menyampaikan ucapan balas. Beliau mengucapkan terima kasih kepada JAWHAR atas sambutan hangat yang diberikan dalam majlis yang bermakna ini. Beliau amat berbesar hati dapat bertemu dengan warga JAWHAR dalam majlis ramah mesra kerana ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara beliau dengan warga agensi Islam. Beliau menyentuh isu-isu semasa yang sedang berlaku dalam negara yang perlu ditangani secara berhikmah kerana suasana dunia pada hari ini telah jauh berubah berbanding masa lalu yang agak selesa. Ini penting kerana suasana yang aman, makmur dan stabil adalah amat penting untuk Malaysia mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Hanya tinggal tujuh tahun sahaja lagi masa tersebut akan tiba. Oleh yang demikian, umat Islam perlu berhati-hati dan bersatu padu agar survival umat Islam terus kukuh dan teguh dan terus menjadi tunjang pemerintahan di negara kita.

Agenda terakhir ialah majlis penyampaian cenderamata yang diberikan kepada YB Menteri. Beliau turut menulis catatan dalam Buku Pelawat JAWHAR. Majlis berakhir pada jam 12.50 tengahari dengan jamuan makan.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 25 November, 2020 @ 5:01 PM
Top