Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Lawatan Kerja YB Dato’ Dr. Ahmad Zahid Hamidi Ke JAWHAR

PUTRAJAYA 7 April – YB Dato’ Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini telah membuat lawatan kerja ke Jabatan Wakaf Zakat dan Haji bertujuan untuk melihat dan memahami fungsi JAWHAR sebenarnya. Kunjungan YB Menteri telah disambut oleh Ketua Pengarah JAWHAR Y. Bhg. Dr. Hj. Sohaimi Hj. Mohd Salleh dan warga JAWHAR.

YB Menteri telah diberikan taklimat berkaitan Program-program utama JAWHAR seperti Program Pengukuhan Teras Organisasi,
Program Pembangunan Tanah Wakaf (Projek RMKe-9),
Program Pengukuhan Institusi Zakat (LZA & DZM),
Program Pemantapan Baitulmal,
Program Pemantapan Hal Ehwal Haji,
Penerbitan,
Perkongsian Pintar Dengan Agensi / Pusat Kecemerlangan Glokal,
Kerjasama Dengan Agensi-Agensi Lain dan
Perkara-perkara yang Memerlukan Perhatian YB Menteri.

Selain itu juga perbincangan bersama menteri telah membincangkan perkara berkaitan penubuhan Lembaga Zakat Antarabangsa.

“Organisasi yang dianggotai pemimpin negara Islam itu akan menjadi tapak mengagihkan zakat untuk negara Islam yang miskin atau mengalami bencana atau komuniti Muslim yang berada dalam kategori fakir dan miskin,” katanya pada sidang media selepas melawat Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) di sini semalam.

Program Lawatan Kerja YB Menteri Di akhiri dengan sesi bergambar bersama warga kerja JAWHAR.

Tarikh : 8/4/2008
Sumber : JAWHAR
Editor :JAWHAR

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top