Awam Kerajaan Warga JAWHAR

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA JPM KE PROJEK WAKAF JAWHAR

YBhg. Hajah Hasnah binti Haji Salleh  Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan lawatan kerja 2 hari ke projek-projek pembangunan hartanah wakaf di Negeri Pulau Pinang pada 26 dan 27 Mac 2012. Antara projek yang dilawati adalah Tapak Projek Pembinaan Pangsapuri Kos Sederhana Rendah, Butterworth Pulau Pinang, Projek Pembinaan Pangsapuri Kos Sederhana Rendah, Sg. Nibong Pulau Pinang dan Kompleks Pendidikan Al-Mashoor Pulau Pinang. Turut sama dalam lawatan tersebut YBhg. Datul Anan bin C Mohd Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR), Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP),  dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang, MAINPP dan JAWHAR.
 
Dalam lawatan ke Tapak Projek Pembinaan Pangsapuri Kos Sederhana Rendah, Butterworth Pulau Pinang, YBhg. TKSU telah diberikan taklimat  oleh  Setiausaha Majlis Agama Islam Pulau Pinang  (MAINPP) Tuan Haji Sazali bin Hj. Hussein dan Tuan Haji Anuar bin Ahmad Pegawai Projek MAINPP. Di hari berikutnya Timbalan Ketua Setiausaha JPM telah dibawa melawat ke Projek Pembinaan Pangsapuri Kos Sederhana Rendah, Sg. Nibong Butterworth Pulau Pinang selepas mendengar taklimat  daripada JKR Pulau Pinang.
 
Di akhir lawatan tersebut, YBhg. TKSU telah dibawa ke Kompleks Pendidikan Al-Mashoor Balik Pulau Pinang yang telah siap dibina pada 31 Disember 2010. Pengetua Kompleks Pendidikan Al-Mashoor telah menyampaikan taklimat kepada rombongan yang hadir. Kompleks Pendidikan Al-Mashoor menyediakan pembelajaran yang kondusif dan boleh menempatkan  seramai 1000 orang pelajar dalam satu-satu masa.

Fasiliti yang disediakan adalah blok akademik dan pentadbiran, asrama lelaki dan perempuan, dewan makan, pondok pengawal, tempat letak kereta berbumbung dan padang permainan bola sepak, sepak takraw dan bola tampar.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top