Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Lawatan Kerja Pengukuhan Sistem e-Khairat ke Majlis Agama Islam selangor (MAIS)

Pada 15 Mac 2017 (Rabu) – Bahagian Baitulmal, JAWHAR telah membuat lawatan  Kerja Pengukuhan Sistem e-Khairat ke Majlis Agama Islam selangor (MAIS). Lawatan kerja yang diketuai oleh Puan Asrul Shuhada binti Mohd. Salleh, Pengarah  Baitulmal turut dihadiri pegawai-pegawai daripada Bahagian Baitulmal dan pegawai-pegawai daripada Seksyen teknologi Maklumat (STM), JAWHAR. Kehadiran rombongan pada jam 10.00 pagi disambut baik oleh pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang dipengerusikan oleh Dato Bakhtiar bin Hussein.

 

 

 

 

 

 

Lawatan Kerja ini merupakan salah satu program turun padang Bahagian Baitulmal yang merupakan salah satu program turun padang Bahagian Baitulmal dan mencari kaedah terbaik bagi meningkatkan kecekapan proses pengemaskinian data secara berpusat selain megeratkan hubungan silaturrahim antara bahagian Baitulmal, JAWHAR dengan bahagian/ unit yang menguruskan permohonan khairat di MAIS.

Antara program yang telah dijalankan adalah taklimat mengenai sistem e-khairat daripada wakil JAWHAR kepada pegawai MAIS dan juga taklimat balas daripada MAIS mengenai kaedah pelaksanaan permohonan surat kebenaran kutipan derma yang dikeluarkan oleh MAIS. Sesi lawatan ini berakhir pada pukul 12.30 tengahari dan berakhir dengan penyampaian cenderahati.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top