Lawatan Kerja Pengukuhan Sistem e-Khairat ke Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
Pada 14 Mac 2017 (Selasa) – Bahagian Baitulmal, JAWHAR telah membuat lawatan Kerja Pengukuhan Sistem e-Khairat ke Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Lawatan kerja yang diketuai oleh Puan Asrul Shuhada binti Mohd. Salleh, Pengarah Baitulmal turut dihadiri pegawai-pegawai daripada Bahagian Baitulmal dan pegawai-pegawai daripada Seksyen teknologi Maklumat (STM), JAWHAR. Kehadiran rombongan pada jam 10.30 pagi disambut baik oleh pegawai Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang dipengerusikan oleh Puan Norhalina binti Hamzah, Pengurus Baitulmal (MAIM).
Lawatan Kerja ini merupakan salah satu program turun padang Bahagian Baitulmal yang merupakan salah satu program turun padang Bahagian Baitulmal dan mencari kaedah terbaik bagi meningkatkan kecekapan proses pengemaskinian data secara berpusat selain megeratkan hubungan silaturrahim antara bahagian Baitulmal, JAWHAR dengan bahagian/ unit yang menguruskan permohonan khairat di MAIM.
Antara program yang telah dijalankan adalah taklimat mengenai sistem e-khairat daripada wakil JAWHAR kepada pegawai MAIM dan juga taklimat balas daripada MAIM mengenai kaedah pelaksanaan permohonan surat kebenaran kutipan derma yang dikeluarkan oleh MAIM. Sesi lawatan ini berakhir pada pukul 12.45 tengahari dan berakhir dengan penyampaian cenderahati serta sesi bergambar beramai – ramai.