Awam Kerajaan Warga JAWHAR

LAWATAN KERJA OLEH INSTITUT KAJIAN ZAKAT (IKaZ) MALAYSIA KE JAWHAR

PUTRAJAYA, 2 Oktober 2015 (Jumaat) –Institut Kajian Zakat (IKaZ) Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke JAWHAR yang diketuai oleh YBrs. Dr. Mohd Afandi bin Mat Rani (Pengarah IKaZ). Turut serta dalam lawatan ini ialah beberapa orang pensyarah iaitu Prof. Madya Baharudin bin Sayin (Felo IKaZ), En. Azri bin Bahridan dan En. Othman bin M. Rani.

 Lawatan kerja ini telah berlangsung di Bilik Gerakan, JAWHAR dan satu sesi taklimat yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Haji Anan Bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR telah disampaikan oleh IkaZ. Turut hadir ialah Encik Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman(Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR), Tuan Haji Mohd. Bakri bin Ibrahim (Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa) dan Encik Suheimi bin Abd. Samad (Pengarah Bahagian Wakaf) serta pegawai-pegawai JAWHAR.

Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman mengenai pengurusan wakaf yang dilaksanakan oleh kedua-dua pihak. IkaZ merupakan sebuah pusat kecemerlangan yang ditubuhkan oleh UiTM sejak 2003 yang bertujuan menjalankan penyelidikan pembangunan dan perundingan Pilantropi Islam.Sehubungan itu, kunjungan ini juga melihat bagaimana ruang kerjasama yang boleh dilaksanakan antara JAWHAR-IkaZ menerusi pembangunan dan perundingan khususnya dalam bidang zakat dan wakaf bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan harta amanah umat Islam.

Pertemuan ini berakhir dengan sesi pertukaran cenderahati dan diikuti dengan sesi bergambar beramai-ramai.

INOVASI 003

Wakil dari Institut Kajian Zakat (IKaZ) Malaysia : (dari kiri) YBrs. Dr. Mohd Afandi bin Mat Rani (Pengarah IKaZ),Prof. Madya Baharudin bin Sayin (Felo IKaZ), En. Azri bin Bahri dan En. Othman bin M. Rani.

INOVASI 008

YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR sedang menyampaikan ucapan aluan kepada para hadirin.

INOVASI 033

YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR menerima cendera kenangan daripada YBrs. Dr. Mohd Afandi bin Mat Rani (Pengarah IKaZ) Malaysia.

That seem related to discovering company his individuality and heritage

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top