Awam Kerajaan Warga JAWHAR

LAWATAN KERJA JAWHAR KE PERBADANAN BAITULMAL NEGERI SEMBILAN (PBNS) MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (MAINS)

Seremban, 21 Jun 2019 jam 9.30 pagi, Bahagian Baitulmal Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)  telah mengadakan Lawatan Kerja ke Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBNS) yang berada di Aras 17 Menara MAINS Seremban, Negeri Sembilan. Lawatan kerja ini disertai oleh 6 orang pegawai JAWHAR iaitu  En. Ruzman bin Ramli Pengarah Bahagian Baitulmal, Pn. Hasanah binti Badrul, Pn. Hafizah binti Abdul Shukor, En. Saiful Haadiy bin Abd Hamid, Pn. Nurain binti Mhd Sharif dan Pn. Ili Raidah binti Mahat. Lawatan kerja ini juga disertai oleh 3 orang pegawai daripada Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) iaitu Pn. Azah Mastura binti Ismail, Timbalan Pengarah Bahagian Kesejahteraan Rakyat, ICU JPM,  Cik Sihazalwa binti Saod dan Cik Nur Farrahdila binti Hasan.

Antara tujuan lawatan lawatan kerja tersebut ialah bagi mengeratkan hubungan silatulrahim antara JAWHAR dengan PBNS dan juga untuk mengemukakan cadangan kerjasama bersepadu antara MAIN dan ICU JPM berkaitan integrasi sistem zakat negeri-negeri dengan sistem eKasih. Sistem eKasih ialah suatu sistem yang telah dibangunkan oleh ICU pada tahun 2008. Sistem ini merupakan satu pangkalan data nasional.

Kehadiran JAWHAR telah dialu-alukan oleh Pengerusi Mesyuarat iaitu YBrs. Tuan Haji Idris bin Ramli, Ketua Jabatan Penyelidikan dan Korporat Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan. Antara agenda lawatan kerja tersebut ialah ucapan pengerusi mesyuarat, ucapan balas ketua delegasi JAWHAR, taklimat ringkas e-Kasih dan taklimat sistem zakat PBNS, sesi perbincangan serta penyampaian cenderahati.

Semoga lawatan kerja ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara JAWHAR dengan PBNS bagi merealisasikan cadangan kerjasama integrasi pangkalan data bersepadu antara negeri-negeri  dengan kerajaan persekutuan.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.35 Subuh 05.45 Syuruk 07.07 Zohor 13.20 Asar 16.46 Maghrib 19.29 Isyak 20.44
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 18 September, 2019 @ 12:36 PM
Top