Awam Kerajaan Warga JAWHAR

LAWATAN KERJA JAWHAR KE MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

MELAKA, 2 April 2019 – Bahagian Baitulmal Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)  telah mengadakan Lawatan Kerja ke Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang berada di Pusat Islam Melaka Bukit Palah. Lawatan kerja ini disertai oleh 6 orang pegawai JAWHAR iaitu  En. Ruzman bin Ramli, Pn. Hasanah binti Badrul, Pn. Masrie Yanty binti Ahmad, Pn. Hafizah binti Abdul Shukor, En. Saiful Haadiy bin Abd Hamid dan Pn. Nurain binti Mhd Sharif. Lawatan kerja ini juga disertai oleh 4 orang pegawai daripada Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Antara tujuan lawatan lawatan kerja tersebut ialah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara JAWHAR dengan MAIM dan juga untuk mengemukakan cadangan kerjasama bersepadu antara MAIN dan ICU JPM berkaitan integrasi sistem zakat negeri-negeri dengan sistem eKasih. Sistem eKasih ialah suatu sistem yang telah dibangunkan oleh ICU pada tahun 2008. Sistem ini merupakan satu pangkalan data nasional.

Kehadiran JAWHAR telah dialu-alukan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Sharif bin Somathullah, Pengurus Baitulmal MAIM. Antara agenda lawatan kerja tersebut ialah ucapan pengerusi MAIM, ucapan balas ketua delegasi JAWHAR, taklimat ringkas e-Kasih dan taklimat sistem zakat MAIM, sesi soal jawab serta penyampaian cenderahati.

Semoga lawatan kerja ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara JAWHAR dengan MAIM dan merintis langkah awal bagi merealisasikan cadangan kerjasama integrasi pangkalan data bersepadu antara negeri-negeri  dengan kerajaan persekutuan.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.35 Subuh 05.45 Syuruk 07.07 Zohor 13.20 Asar 16.46 Maghrib 19.29 Isyak 20.44
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 18 September, 2019 @ 12:36 PM
Top