Awam Kerajaan Warga JAWHAR

LAWATAN KERJA DELEGASI BRUNEI DARUSSALAM KE JAWHAR BERKAITAN DENGAN ICT JAWHAR

Putrajaya 16 Januari 2013 – Delegasi seramai 10 orang daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam telah mengadakan lawatan kerja ke JAWHAR yang diadakan di Bilik Gerakan JAWHAR pada jam 9:30 pagi. Ia dihadiri oleh warga JAWHAR dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM).

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg Tuan Hj Muaz bin Hj Zawawi, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada delegasi Brunei Darussalam atas kesudian berkunjung ke JAWHAR.

Tuan Haji Isa Muhammad Tahir sebagai ketua rombongan menyampaikan ucapan balas. Beliau mengucapkan terima kasih atas sambutan hangat yang diberikan serta kesudian pihak JAWHAR menerima lawatan kerja tersebut.

Agenda diteruskan dengan ucapan daripada EncikAzri bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei Darussalam kerana sudi mengadakan lawatan kerja di JAWHAR. Di dalam ucapan tersebut juga beliau menerangkan serba sedikit mengenai peranan YWM dan juga aktiviti-aktiviti yang sedang dilaksanakan. Beliau menyatakan hasrat akan membuat lawatan timbal balas kepada pihak Brunei Darussalam jika diberi kesempatan ruang dan waktu.

Agenda seterusnya ialah tayangan video korporat JAWHAR yang memaparkan sejarah dan aktiviti JAWHAR. Ia diikuti oleh pembentangan yang disampaikan oleh Encik Abdul Halim bin Sunny, Ketua Unit Sumber Manusia. Beliau membentangkan mengenai sistem ICT yang diaplikasikan di JAWHAR sama ada melalui pangkalan data Kerajaan atau pun system dalaman JAWHAR. Beliau juga menerangkan mengenai sistem ICT yang terdapat di dalam laman sesawang JAWHAR seperti i-wakaf, i-umrah, portal e-bayanat, portal e-wakaf dan sebagainya.

Seterusnya pembentangan daripada pihak YWM yang telah disampaikan oleh Encik Syarqawi Muhammad, Pengurus Bahagian Penyelidikandan Produk Wakaf. Beliau menerangkan mengenai projek-projek wakaf yang telah dilaksanakan seperti Hotel Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka; Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan dan Hotel Seri Warisan, Taiping, Perak. Hotel wakaf yang hampir siap ialah Hotel Wakaf Kuala Terengganu yang dibina berhampiran Pasar Besar Payang dan Masjid Abidin (Masjid Putih).

Sesi soal jawab berlangsung dengan penuh harmoni dan mesra.Pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam amat teruja dengan sistem ICT yang diaplikasikan di JAWHAR khususnya dan di Malaysia amnya serta projek-projek wakaf yang dijalankan di Malaysia.

Di akhir majlis pihak JAWHAR dan YWM telah menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan kepada pihak delegasi Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam. Majlis lawatan berakhir pada jam 12:00 tengahari dan disudahi dengan sesi fotografi dan jamuan makan.

Most people would say were out of our going right over here minds

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 6.06 Subuh 6.16 Syuruk 07.25 Zohor 13.28 Asar 16.50 Maghrib 19.25 Isyak 20.38
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 26 Januari, 2021 @ 12:29 PM
Top