Awam Kerajaan Warga JAWHAR

LAWATAN KERJA BANK ALKHAIR, B.S.C. BAHRAIN KE JAWHAR

Putrajaya 04 Febuari 2013 – JAWHAR telah menerima lawatan kerja daripada Encik Shafqat Ali Memon, Penolong Presiden Kanan, Bank Alkhair B.S.C. Bahrain, Encik Mohd. Fuad Abdullah dan Encik Nordin bin Abas, wakil dari Bank Alkhair, Malaysia. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Mu’az bin Haji Zawawi, Timbalan Ketua Pengarah (TKP) JAWHAR di Bilik Gerakan JAWHAR pada jam 10.00 pagi.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. TKP mengucapkan jutaan terima kasih kepada wakil Bank Alkhair atas kesudian berkunjung ke JAWHAR. Seterusnya, YBrs. TKP memberikan sedikit penerangan berhubung sejarah penubuhan dan fungsi JAWHAR serta bidang-bidang teras JAWHAR terutama berhubung Projek-projek Wakaf yang telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan beberapa syarikat GLC.

Mesyuarat seterusnya diteruskan dengan perbincangan berhubung isu-isu wakaf di Malaysia dan di Bahrain serta perkongsian pintar berhubung projek-projek yang telah dilakukan serta yang berpotensi untuk dimajukan di dalam pembangunan wakaf samada yang berbentuk kebajikan mahupun yang dapat memberikan pulangan yang tinggi agar dapat dimanfaat oleh ummah. Selain itu, perbincangan juga berkisarkan tentang potensi jalinan kerjasama yang boleh dilakukan antara JAWHAR, MAIN dan Bank Alkhair di masa akan datang.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top