Awam Kerajaan Warga JAWHAR

LAWATAN IMZ KE JAWHAR

25 JULAI 2018, (RABU) – JAWHAR telah menerima kunjungan hormat daripada Indonesia Magnificience Of Zakat (IMZ) ke JAWHAR iaitu seramai 33  orang yang diketuai oleh YBrs Mr. Kushardanta Susilabudi. Delegasi ini telah disambut mesra oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Musadad Bin Haji Sulaiman, Ketua Pengarah JAWHAR.

Pertemuan dan sesi perbincangan telah diadakan di Dewan Syura Utama Jannatul Firdaus JAWHAR.

Kunjungan hormat ini secara umumnya bertujuan untuk meluaskan jaringan sinergi IMZ dengan pertubuhan zakat sedunia khususnya dengan institusi Penyelidikan Kewangan di Malaysia. Bagi tujuan tersebut, IMZ telah menganjurkan satu latihan awam untuk ahlinya iaitu “International Zakat & Waqf Comparative Studies : Zakat and Waqf Management For Empowering Ummah” mulai 23-26 Julai 2018. Kunjungan hormat ini telah memberi peluang kepada ahli-ahli IMZ untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai fungsi dan peranan JAWHAR dari aspek pengurusan wakaf, zakat dan haji/umrah di Malaysia.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman dan disusuli dengan sesi ucapan balas daripada pihak IMZ oleh YBrs. Mr. Kushardanta Susilabudi. Selanjutnya sesi taklimat telah dilangsungkan dan disusuli dengan sesi soal jawab.

Perbincangan yang penuh harmoni ini diteruskan dengan penyampaian cendera kenangan dan sesi bergambar antara kedua-dua belah pihak.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.38 Subuh 05.48 Syuruk 07.02 Zohor 13.10 Asar 16.14 Maghrib 19.12 Isyak 20.20
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 24 September, 2018 @ 9:56 AM
Top