Awam Kerajaan Warga JAWHAR

LAWATAN DELEGASI ISLAMIC DEVELOPMENT BANK (IDB) KE JAWHAR

 

PIC

YBhg. Datuk Haji Anan Bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR (duduk di tengah) bergambar bersama para pegawai dari Islamic Development Bank (IDB) dan pegawai-pegawai JAWHAR

 

Putrajaya, 28 Januari 2016 (Khamis) – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menerima lawatan delegasi dari Islamic Development Bank (IDB) yang terdiri daripada seramai 5 orang iaitu Br. Mohammad Jamal Alsaati (Director, Country Programs Department (CTY)), Br. Sobir Komilov (Division Manager CTY), Br. Abdul Ghafar Ismail (IRTI), Br. Mohammad Aidil Yusri (Islamic Financial Services Department) dan Br. Kunrat Wirasubrata (Acting Director, RoKL).

Pertemuan dan sesi perbincangan telah diadakan di Bilik Gerakan, JAWHAR dan dipengerusikan oleh YBhg Datuk Haji Anan Bin C. Mohd,  Ketua Pengarah JAWHAR. Turut hadir ialah Encik Ahmad Musadad Bin Haji Sulaiman (Timbalan Ketua Pengarah JAWHA, Encik Ruzman Bin Ramli (Pengarah Bahagian Wakaf) dan pegawai-pegawai JAWHAR yang lain.

Tujuan lawatan ini diadakan untuk membincangkan bidang kerjasama yang boleh diterokai secara bersama oleh JAWHAR dan IDB dalam bidang kewangan Islam. Antara bidang kerjasama yang dicadangkan  adalah perkongsian pengalaman dan kepakaran dalam pembangunan wakaf.

Sesi lawatan ini berakhir pada pukul 10.30 pagi dan berakhir dengan penyampaian cenderahati serta sesi bergambar beramai – ramai.

 

JRP001 048YBhg. Datuk Haji Anan Bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR sedang menyampaikan ucapan aluan kepada para delegasi dan pegawai-pegawai JAWHAR yang hadir

 

JRP001 045

YBhg. Datuk Haji Anan Bin C. Mohd sedang mengadakan perbincangan dan seterusnya bertukar-tukar pandangan bersama delegasi dari Islamic Development Bank (IDB).

JRP001 026

Delegasi IDB bergambar kenangan bersama pegawai JAWHAR iaitu En. Ruzman bin Ramli (berbaju batik) dan En. Khairul Anuar bin Khalid (paling kanan).

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top