Awam Kerajaan Warga JAWHAR

LAWATAN DELEGASI INDONESIA MAGNIFICENCE OF ZAKAT (IMZ) KE JAWHAR

Pada 10 Ogos 2016 (Rabu) pada pukul 2.00 petang, Jabatan Wakaf Zakat dan Haji telah menerima kunjungan hormat daripada Delegasi Indonesia Magnificence of Zakat (IMZ) dan rakan-rakan strategik (IMZ) seramai 25 orang yang diketuai oleh Bapak Kush Ketis (Ketua IMZ). Delegasi ini disambut oleh Cik Nur Anis Lyana, Penolong Pengarah Unit Integriti dan Komunikasi Korporat.

lawatan 118

Pertemuan dan sesi perbincangan telah diadakan di Bilik Gerakan, JAWHAR dan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Haji Anan Bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAHWAR. Turut hadir ialah Puan Asrul Shuhada Binti Mohd Salleh (Pengarah Bahagian Baitulmal),  Encik Ruzman Bin Ismail (Pengarah Bahagian Wakaf), Encik Mohd Faizal Ab. Hamid (Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa), Puan Salmah Binti Shahidan (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan) dan beberapa orang pegawai JAWHAR yang lain.

lawatan 122

Tujuan utama kunjungan hormat daripada Delegasi Indonesia Magnificence of Zakat (IMZ) selain berkongsi ilmu dan pendapat mengenai pengurusan wakaf dan zakat di Malaysia serta di Indonesia. Sesi lawatan ini berakhir pada pukul 5.00 petang dan berakhir dengan penyampaian cenderahati oleh kedua – dua pihak sebagai tanda kenang – kenangan serta sesi bergambar beramai – ramai.

lawatan 149

lawatan 143

lawatan 106

lawatan 205

lawatan 186lawatan 193

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.34 Subuh 5.44 Syuruk 07.04 Zohor 13.06 Asar 16.28 Maghrib 19.03 Isyak 20.17
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 2 Disember, 2020 @ 8:56 AM
Top