Awam Kerajaan Warga JAWHAR

LAWATAN DELEGASI BANK PEMBANGUNAN ISLAM (IDB) KE JAWHAR

28 November 2012 – Seramai tiga orang pegawai daripada Bank Pembangunan Islam (IDB) yang berpusat di Jeddah, Arab Saudi telah mengadakan lawatan ke Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). mereka ialah Mr. Ahmed Saleh Hariri, Pengarah Bahagian Asia Tenggara; Mr. Saifullah Abid, Pengurus Hubungan IDB di Malaysia dan Encik Mohd Takyuddin bin Yahya, Pegawai Eksekutif IDB, Kuala Lumpur. Mereka diiringi oleh dua orang pegawai daripada Bahagian Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari, Kementerian Kewangan Malaysia iaitu Puan Rubihazatul Huda Ibrahim dan Puan Maznida Misbu.

 Rombongan mereka tiba di JAWHAR pada jam 2.00 petang dan disambut oleh urusetia JAWHAR dan dibawa ke Bilik Gerakan JAWHAR. YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR telah menyampaikan ucapan alu-aluan sambil mengucapkan selamat datang kepada semua anggota delegasi tersebut yang merupakan pegawai kanan di IDB dan Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau turut menyampaikan penerangan dan maklumat berkaitan aktiviti JAWHAR yang telah dilaksanakan sejak dahulu hinga kini. Menurut beliau, apa yang dilaksanakan JAWHAR merupakan pendekatan baru dalam bidang wakaf dan hasilnya amat berjaya di mana masyarakat kini telah mendapat kesedaran dan pencerahan baru berkaitan bidang wakaf. Secara tradisi, wakaf hanyalah satu produk agama yang tidak berdaya saing dan lesu kerana tanah wakaf hanya digunakan untuk mendirikan masjid, surau, tanah kubur dan sekolah agama sahaja. Dengan terbinanya projek-projek fizikal wakaf yang berdaya saing seperti Kompleks Pendidikan, Pusat Perlindungan Wanita, Pusat Dialisis, Asrama Anak Yatim, rumah kedai, Pusat Kegiatan Saudara Baru dan hotel-hotel bertaraf bintang, maka masyarakat kini telah sedar bahawa tanah wakaf juga boleh dibangunkan dengan projek-projek komersial yang amat menguntungkan. Manfaatnya dinikmati oleh semua umat Islam tanpa mengira taraf hidup. Kemudian, majlis menjemput Mr. Ahmed Saleh Hariri untuk menyampaikan ucapan balas. Beliau menyampaikan jutaan terima kasih kepada JAWHAR atas kesudian menerima kehadiran delegasi rombongan IDB dengan meriah.

Di akhir majlis, pihak JAWHAR telah menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan kepada delegasi IDB dan Kementerian Kewangan Malaysia. Majlis lawatan berakhir pada jam 3:30 petang selepas jamuan makan dan sesi fotografi.

The writemypaper4me.org air isnt so bad out hereprobably a few degrees

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top