Awam Kerajaan Warga JAWHAR

LAWATAN DARIPADA UNITED NATIONS RELIEF AND WORKS AGENCY FOR PALESTINE (UNRWA) KE JAWHAR

PUTRAJAYA,  22 Februari 2018 (KHAMIS) – United Nations Relief And Works Agency For Palestine (UNRWA) telah mengadakan lawatan ke JAWHAR. Delegasi yang diketuai oleh Mrs. Katherine Reyes (Special Officer To The General Commisioner) turut ditemani oleh Mr. Abdirahman Aynte (Campaign Chairman Of Dignity Is Priceless Campaign) dan Puan Hartini Zainudin (Campaign Focal Person). Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman, Ketua Pengarah JAWHAR dan semua Pengarah-pengarah Bahagian JAWHAR. Hadir sama ialah pegawai daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP), MAIDAM, Pusat Zakat Negeri Sembilan dan Bhg. Baitulmal MAIWP.

 

 

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman dan disusuli dengan sesi taklimat berkaitan fungsi dan peranan JAWHAR oleh Encik Ruzman bin Ramli (Pengarah Bhg. Baitulmal JAWHAR). Sesi lawatan ini diteruskan dengan sesi ucapan balas daripada pihak UNRWA.

Tujuan lawatan ini adalah untuk meneroka peluang kerjasama antara UNRWA dan institusi-institusi zakat di Malaysia dalam kempen global untuk mengumpul dana bagi UNRWA. Pada 22 Januari 2018, UNRWA telah melancarkan kempen #DignityIsPriceless untuk mengumpul dana sebanyak USD$500 juta sebagai tindak balas terhadap pengurangan sumbangan dana oleh Amerika Syarikat kepada UNRWA.

Perbincangan yang penuh harmoni ini diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar antara kedua-dua belah pihak.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.38 Subuh 05.48 Syuruk 07.02 Zohor 13.10 Asar 16.14 Maghrib 19.12 Isyak 20.20
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 24 September, 2018 @ 9:56 AM
Top