Awam Kerajaan Warga JAWHAR

PROGRAM PEMUKIMAN PEMANTAPAN KEPIMPINAN

Putrajaya, 21 Februari 2018 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Program Pemukiman Pemantapan Kepimpinan bagi khusus bagi Kumpulan Sokongan I dan II bertempat di Bilik Latihan, JAWHAR bermula pada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Program ini adalah kesinambungan Program Pemukiman Pemantapan Kepimpinan peringkat Pengurusan Tertinggi semua agensi di bawah seliaan JPM.

Matlamat utama program ini dilaksanakan adalah untuk menyemai, seterusnya meningkatkan kesedaran dan keyakinan penjawat awam terhadap kepentingan menyokong dasar dan agenda kerajaan di segenap lapisan warga JAWHAR.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penceramah bagi program ini ialah dua orang pegawai dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu Encik Saidun Karnaen bin Bakhori dan Encik Mohd Shahir bin Hashim telah menyampaikan maklumat yang sewajarnya dalam memastikan objektif JPM tercapai, selain menyemai pemahaman yang jitu terhadap dasar dan agenda kerajaan kepada golongan sasaran. Sewaktu pelaksanaan program tersebut, para peserta dibahagikan secara kumpulan untuk sesi percambahan minda (brainstorming) dan hasil perbincangan tersebut perlu dibentangkan. Antara isu-isu semasa kerajaan yang dibincangkan adalah:

  1. Strategi Penyampaian Kerajaan Dan Penyelesaian Tindak Cepat Menjelang Pru-14 Menangani Kritikan Terhadap Inisiatif Dan Kelemahan Penyampaian Kerajaan;
  2. Krisis Keyakinan Mengukuhkan Integriti & Pembentuk Imej Positif Kerajaan Dalam Persekitaran Dinamik; dan
  • Perancangan program (touch base) berorientasikan rakyat menjelang PRU 14

Secara keseluruhannya, Program ini telah menjadi medan perkongsian pandangan serta pengalaman antara warga JAWHAR dan MKN di samping menjana idea-idea baru dalam usaha memartabatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.36 Subuh 05.46 Syuruk 07.04 Zohor 13.14 Asar 16.30 Maghrib 19.20 Isyak 20.31
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 24 Mei, 2018 @ 3:55 PM
Top