KURSUS PEMERKASAAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI JAWHAR
9 Ogos 2015 – Kursus Pemerkasaan Sistem Pengurusan Kualiti JAWHAR telah diadakan di Ancasa Residences Port Dickson, Negeri Sembilan oleh Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) Seramai 20 orang telah terlibat menjayakan kursus ini terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan baru di Jabatan.
Kursus Pemerkasaan Sistem Pengurusan Kualiti JAWHAR yang diadakan bertujuan untuk memantapkan tadbir urus dan pengurusan jabatan, memberi pemahaman dan penghayatan berkaitan Sistem Pengurusan kualiti di kalangan warga JAWHAR terutamanya di kalangan warga baru.Kursus ini juga dapat memberi latihan berterusan (setiap tahun) kepada Juruaudit Dalam MS ISO JAWHAR mengenai proses pelaporan dan dokumentasi audit yang baik.
Sebanyak 5 Slot Ceramah telah dibentangkan oleh YBrs. Encik Wan Rukiman bin Wan Mamat dan dibengkelkan meliputi isu-isu berkaitan PengenalanSejarah MS, Kepentingan, Struktur dan DasarKerajaanberkaitanPengurusanKualiti, KonsepAsas MS ISO 9001:2008,Pelaksanaan MS ISO, Dokumentasi, ObjektifKualiti, TanggungjawabPengurusan,ProsedurPindaanDokumentasi dan Prosedur Audit Kualitiā.