Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Kursus Intensif Bimbingan Haji Bagi Musim 1431H/2010M (Siri 2)

Putrajaya, 22 Julai 2010 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah berjaya menganjurkan Kursus Intensif Bimbingan Haji Bagi Musim 1431H/2010M (Siri 2). Kursus pada kali ini yang bertemakan “Persediaan Kesempurnaan Manasik Haji: Fokus Kepada Warga Emas” telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Dr. Haji Sohaimi bin Haji Mohd Salleh, Ketua Pengarah JAWHAR pada 21 Julai 2010 bertempat di Dewan Auditorium EA, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Dalam ucapan perasmiannya, Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah JAWHAR menyeru para peserta supaya menggunakan peluang semasa kursus ini untuk menambah seberapa banyak ilmu pengetahuan berkenaan pelaksanaan ibadah haji. Ini kerana walaupun banyak persediaan telah dibuat, masih ada segelintir jemaah yang melakukan kesilapan sehingga mencacatkan ibadat haji mereka.

Penganjuran Kursus Intensif Bimbingan Haji Bagi Musim 1431H/2010M (Siri 2) merupakan pelaksanaan tanggungjawab sosial JAWHAR kepada masyarakat. Sebagai sebuah jabatan kerajaan, JAWHAR perlu bertindak dengan bijaksana melalui pendekatan yang pragmatik dan berkesan dalam meningkatkan keberkesanan sistem penyampaiannya. Justeru, penganjuran kursus ini memperuntukkan ruang dan peluang terhadap penyertaan awam. Bagi Siri Kedua kursus ini, seramai 300 orang penjawat awam sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur telah menyertainya.

Kursus Intensif Bimbingan Haji Bagi Musim 1431H/2010M (Siri 2) dikendalikan oleh Alfadhil Ustaz Mohammad Hasnil bin Abu Bakar, Penceramah Lembaga Tabung Haji. Penerangan yang disampaikan dengan jelas dan tersusun di samping pelbagai contoh yang menarik bagi setiap huraian memudahkan peserta-peserta kursus memahami setiap perkara yang dibincangkan. Penceramah juga turut menunjukkan cara-cara memakai kain ihram bagi jemaah lelaki. Setiap huraian menekankan fokus kepada warga emas selaras dengan tema kursus bagi tahun ini iaitu “Persediaan Kesempurnaan Manasik Haji: Fokus Kepada Warga Emas”.

Penganjuran kursus ini mendapat maklumbalas yang amat baik daripada peserta-peserta. Kebanyakan peserta amat berpuas hati terhadap pengetahuan dan pengalaman yang telah dikongsikan bersama dalam setiap sesi kursus ini. Menjadi harapan JAWHAR supaya segala pengetahuan dan pengalaman yang dikongsi bersama dalam kursus ini memberi manfaat kepada semua bakal jemaah haji dalam mencapai kesempurnaan manasik yang dilakukan.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 25 November, 2020 @ 5:01 PM
Top