KURSUS DALAMAN JAWHAR ‘GOOGLE FORMS’
Putrajaya, 13 Febuari 2018 (Selasa) – Seksyen Teknologi Maklumat Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengadakan kursus google forms bertempat di Makmal ICT Bahagian Teknologi Maklumat Komunikasi, JKSM. Kursus ini disertai 16 peserta terdiri daripada pegawai serta kakitangan warga JAWHAR.
Fasilitator bagi kursus ini adalah Puan Nurain Binti Mhd Sharif, Penolong Pengarah dari Seksyen Teknologi Maklumat dan dibantu oleh rakan-rakan yang lain dari Seksyen Teknologi Maklumat. Kursus ini dibahagikan mengikut bahagian-bahagian di JAWHAR bagi memudahkan soalan kaji selidik dibuat.
Tujuan kursus adalah untuk memberikan pendedahan tentang tatacara asas pembinaan soal selidik atau kajian secara atas talian kepada pegawai. Di akhir kursus, semua kumpulan di dapati telah berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan dengan jayanya serta memahami tatacara tersebut dan kursus ini di akhiri dengan acara penyampaian hadiah.