KURSUS ASAS SURVEI DAN PELAPORAN STATISTIK –KAEDAH SPSS
Pada 24 hingga 26 Ogos 2015 yang lalu, Unit Penyelidikan, Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa (BPKA) Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menganjurkan Kursus Asas Survei dan Pelaporan Statistik –Kaedah SPSS yang bertempat di Rocana Hotel, Kuantan Pahang. Kursus ini telah dihadiri oleh 18 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan JAWHAR.
Objektif Kursus ini di adakan adalah untuk memberi pemahaman kepada peserta tentang kaedah dan asas dalam proses membuat kajian berbentuk survei selain memberi pemahaman mengenai kaedah SPSS yang digunakan untuk menganalisa data-data survei yang diperolehi dari kajian terhadap populasi yang dijalankan. Melihat JAWHAR sebagai sebuah jabatan yang aktif dalam pengendalian program-program jabatan, kursus ini banyak memberi manfaat kepada para peserta terutamanya dalam pengendalian maklumbalas bagi setiap program yang dijalankan.
Taklimat Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Rizal bin Mustafa, Pegawai Kawal Selia Air, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang mempunyai banyak pengalaman dalam penggunaan sistem SPSS dalam tugas seharian. Peserta telah dipecahkan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan telah membuat pembentangan berkaitan tajuk-tajuk yang telah diberikan.
Kursus ini diakhiri dengan majlis penutup dan sesi penyampaian cenderamata kepada penceramah dan diikuti kepada peserta kursus serta wakil setiap kumpulan pembentang. Cenderahati disampaikan oleh En Abdul Hakim bin Abdul Rauf, Ketua Penolong Pengarah Unit Penyelidikan JAWHAR.