Awam Kerajaan Warga JAWHAR

KURSUS ASAS FARAID DAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Putrajaya, 18 Januari 2016 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)  telah mengadakan Kursus Asas Faraid dan Pembahagian Harta Pusaka bertempat di Institut Latihan Islam (ILIM) Bangi yang berlangsung selama 3 hari. Peserta-peserta kursus adalah terdiri daripada 27 orang pegawai JAWHAR dan 8 orang pegawai Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN).

Antara objektif kursus ini adalah untuk memantapkan kefahaman para peserta berhubung:

  1. Perkara asas dalam ilmu faraid yang meliputi definisi, rukun, sebab memusakai, syarat pusaka, sebab yang menegah daripada memusakai dan hukum-hukum yang berkaitan dengannya.
  2. waris-waris yang berhak menerima pusaka, kaedah menerima pusaka, penentuan bahagian waris dan kaedah-kaedah bagi kes-kes faraid serta latih amal.

Penceramah bagi kursus ini merupakan seorang pakar di bidang Ilmu Faraid iaitu YBrs. Tn. Hj. Wan Abdul Halim bin Wan Harun, Mantan Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Tanah dan Galian Persekutuan.  Perasmian penutup kursus telah dilaksanakan oleh Tn. Hj. Mohd Bakri bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa yang juga peserta kursus mewakili YBhg. Datuk KP JAWHAR.  Di dalam ucapan penutupnya, beliau mengakui bahawa kursus ini amat memberi manfaat kepada para peserta kursus dan beliau juga melahirkan hasratnya agar Kursus Faraid Lanjutan dapat diadakan bagi peserta yang sama pada masa akan datang.

_MG_1189 _MG_1167 _MG_1165 _MG_1177 - Copy _MG_1132 _MG_1134 _MG_1139

History and literature using the writemypaper4me.org memorable metaphor of royalty, finding

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top