Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Kunjungan Naib Canselor USM Dan Rombongan Ke JAWHAR

Pada hari Jumaat 22 Jun 2012, JAWHAR telah menerima kunjungan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) bagi merealisasikan hasrat untuk melaksanakan kerjasama dalam bidang penyelidikan haji dan umrah selaras dengan Memorandum Persefahaman yang telah ditandatangani kedua belah pihak pada tahun 2008.

Kunjungan ini diketuai oleh Naib Canselor USM sendiri iaitu YBhg. Prof. Dato’ Dr. Omar Osman bersama  Prof. Ahmad Tajudden Kadir, Ketua Program Penyelidikan Haji, Prof. Madya Dr. Wira Shafie, Tuan Haji Badrol Hisham Mohd Nowani dan Encik Muhammad Abdullah.

Dalam ucapan aluan pada pertemuan tersebut, YBhg. Datuk Anan C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah  kepada Prof. Dato’ Dr. Omar Osman atas pelantikan sebagai Naib Canselor USM dan berharap pelantikan tersebut bakal memberikan dimensi baru dalam hubungan kerjasama JAWHAR dan USM serta meningkatkan persefahaman kedua pihak yang telah sedia terjalin selama ini.

Dalam pertemuan tersebut USM menjelaskan perkembangan terbaru pihaknya yang telah melancarkan aplikasi M-Umrah dalam konteks penambahbaikan sistem pengurusan umrah di Malaysia. M-Umrah ialah inovasi unik yang menyediakan maklumat kepada jemaah umrah dengan langkah-langkah untuk menunaikan ibadah umrah dengan betul dan sistematik, dari saat mereka mula-mula menjejakkan kaki di Tanah Suci sehingga selesai ibadat. Aplikasi ini juga berupaya untuk memberikan arahan kepada jemaah jika mereka kehilangan arah jalan di Tanah Suci melalui aplikasi GPS yang dibangunkan dalam sistem. Versi awal perisian  ini boleh dimuat turun secara percuma di seluruh dunia melalui Store Playtelefon bimbit yang menggunakan perisian Android. USM juga menyatakan bahawa pihaknya berbesar hati jika JAWHAR berhasrat untuk mempromosikan M-Umrah di laman web JAWHAR khasnya di dalam portal i-umrah bagi manfaat jemaah umrah Malaysia.

JAWHAR turut dimaklumkan bahawa USM telah menerima peruntukan sebanyak RM 9.2 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi bagi menjalankan penyelidikan haji dan umrah selama 4 tahun. Sehubungan itu USM melahirkan hasrat dan tujuan utama kunjungan adalah  untuk mewujudkan perjanjian yang konkrit dalam bidang pengurusan haji dan umrah dengan JAWHAR.  Hal ini bertujuan agar kerjasama yang dijalankan merupakan kerjasama yang kukuh dan disokong oleh pelbagai pihak yang akhirnya membolehkan pihak USM melaksanakan program-program  penyelidikan yang dirancang tersebut  dengan lebih jitu termasuk bagi tujuan melahirkan 30 individu yang  berkelulusan PHD dalam bidang haji/umrah dalam tempoh yang ditetapkan.

Majlis pertemuan itu diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh USM kepada JAWHAR sebagai tanda kenang-kenangan. Semoga kerjasama yang dijalinkan antara USM dan JAWHAR akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang demi kemaslahatan ummah.

Pulling on my bathing suit, I site there eagerly throw my winter coat around my.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.32 Subuh 5.42 Syuruk 07.01 Zohor 13.12 Asar 16.34 Maghrib 19.20 Isyak 20.34
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 1 Jun, 2020 @ 10:46 AM
Top