Awam Kerajaan Warga JAWHAR

KUNJUNGAN HORMAT YB MENTERI KE ATAS DUTA BESAR ARAB SAUDI KE MALAYSIA

 

Kuala Lumpur, 7 April 2020 | YB Senator Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah melakukan satu kunjungan hormat ke atas TYT Mahmoud Hussien bin Saeed Qattan, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia. YB Menteri turut diiringi oleh Ketua Pengarah JAWHAR, YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said. Kunjungan hormat ini antara lainnya bertujuan untuk membincangkan beberapa isu berkaitan pelaksanaan haji bagi tahun 2020. Turut hadir bersama-sama ialah Syeikh Abdurrahman Ibrahim Al-Rubai’an (Atase Agama Kedutaan Arab Saudi) dan YBhg. Dato’ Sri Syed Saleh bin Syed Abdul Rahman (Pengurus Besar Kanan Haji, Lembaga Tabung Haji).

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.32 Subuh 5.42 Syuruk 07.01 Zohor 13.12 Asar 16.34 Maghrib 19.20 Isyak 20.34
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 29 Mei, 2020 @ 3:25 PM
Top