Awam Kerajaan Warga JAWHAR

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH IPDAS, JAKIM KEPADA KETUA PENGARAH JAWHAR

PUTRAJAYA, 1 MAC 2019 (JUMAAT) – Ketua Pengarah JAWHAR YBrs. Tuan Hj Roslan bin Said telah menerima kunjung hormat YBs. Tuan Haji Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik, Pengarah Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS, JAKIM). Kunjungan ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala antara IPDAS dan JAWHAR khususnya dalam bidang pendidikan tinggi dakwah di Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

Oleh itu beberapa ruang kerjasama dibincangkan dalam kerangka untuk menyokong aktiviti pendidikan tinggi dakwah  melalui institusi zakat dan wakaf. JAWHAR pada dasarnya amat mengalu-alukan ruang kerjasama ini. Justeru perbincangan lanjut akan diadakan bagi merealisasikan impian ini.

     

Perbincangan yang penuh harmoni ini diteruskan dengan penyampaian cendera kenangan dan sesi bergambar.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.35 Subuh 05.45 Syuruk 07.07 Zohor 13.20 Asar 16.46 Maghrib 19.29 Isyak 20.44
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 17 September, 2019 @ 7:57 AM
Top