Awam Kerajaan Warga JAWHAR

KUNJUNGAN HORMAT MUFTI KERAJAAN RUSIA DAN PENASIHAT KEPADA PERDANA MENTERI KERAJAAN TATARSTAN KE JAWHAR

PADA 3 APRIL 2017 (ISNIN) JAM 3.00 PM HINGGA 4.00 PM

H.E. Haddzrat Mufti Albir R. Karganov (The Mufti of The Spiritual Assembly Muslims of Russia) dan H.E. Linar Yakupov (Advisor  to The Prime Minister of Repubic of Tatarstan) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bagi tujuan menjalinkan kerjasama dan bertukar pandangan mengenai pengurusan wakaf di Malaysia. Sesi kunjungan hormat ini turut disertai oleh Pengarah-pengarah Bahagian JAWHAR dan pegawai dari Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).

 

  
 

 

 

 

 

 

Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh YBhg. Tuan Ahmad Musadad Bin Hj. Sulaiman, Ketua Pengarah JAWHAR. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian Mufti Kerajaan Rusia dan Penasihat kepada Perdana Menteri Kerajaan Tatarstan berkunjung ke JAWHAR. Seterusnya YBhg. Ketua Pengarah JAWHAR menjelaskan objektif, peranan serta fungsi  JAWHAR dalam bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan agensi-agensi lain untuk merencana pelbagai agenda dan program-program yang dapat membantu memperkembangkan lagi sosio ekonomi ummah khususnya dalam bidang-bidang teras seperti wakaf, zakat, mal dan haji/umrah. Beliau juga menekankan pentingnya institusi agama seperti JAWHAR untuk mewujudkan sinergi dalam melaksanakan peranannya. Sebagai contoh, penggemblengan tenaga dengan dunia akademik atau badan korporat dalam melaksanakan sesuatu kajian ilmiah, usahasama dalam pembangunan tanah wakaf dan sebagainya, mampu menghasilkan natijah yang optimum.

Acara seterusnya disusuli dengan ucapan balas oleh H.E. Haddzrat Mufti Albir R. Karganov (The Mufti of The Spiritual Assembly Muslims of Russia). Beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudiaan JAWHAR menerima kedatangan beliau dan amat berbesar hati kerana dapat mempelajari pelbagai perkara terutamanya bagaimana Malaysia membangunkan tanah-tanah wakaf. Beliau berharap agar jalinan ukhuwah dan kerjasama ini terus berpanjangan.

Dalam ucapannya juga, beliau mendapati bahawa institusi agama di Malaysia amat tersusun dari segi pentadbiran dan pelaksanaan yang sangat sistematik demi pembangunan ummah. Beliau juga berharap agar dapat menerapkan corak pentadbiran dan pelaksanaan pembangunan yang dijalankan oleh institusi-institusi agama di Malaysia ke Rusia

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.30 Subuh 05.40 Syuruk 07.01 Zohor 13.13 Asar 16.37 Maghrib 19.21 Isyak 20.36
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D,
No. 3, Jalan Tun Abdul Razak,
Kompleks Islam Putrajaya,
Presint 3, 62100 Putrajaya.
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 Mei, 2017 @ 3:21 PM
Anda Pelawat ke:
countercountercountercountercountercountercounter
Top