Kunjungan Hormat Ketua Pengarah JAWHAR kepada Timbalan YDP Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Kota Bharu, 13 Ogos 2020| YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah, JAWHAR merangkapTimbalan Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBrs. Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan YDP Maik Kelantan bertujuan menjalin kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dalam memperkasa pelaksanaan wakaf. Turut serta:
- YBrs. Tuan Abdul Halim bin Mat Yusop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Waqaf Malaysia;
- YBrs. Tuan Rusydee bin Abdullah, Setiausaha MAIK; dan
- YBrs. Tuan Mohd Azman bin Ghazali, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK.