Awam Kerajaan Warga JAWHAR

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JAWHAR KE MAINJ

JOHOR BAHRU, 14 APRIL 2019 – YBrs. Tuan Haji Ruslan Bin Said, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) hari ini telah mengadakan kunjungan hormat kepada Y.B Dato’ Haji Mohd Noh Bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Turut mengiringi beliau ialah Puan Lizah Ismail ( Ketua Unit Integriti dan Komunikasi Korporat), Puan Suhailah Ishak (Penolong Pengarah Bhg. Wakaf) dan Encik Muhamad Saiful Haadiy Abdul Hamid (Penolong Pengarah Bhg. Baitulmal).

Delegasi JAWHAR telah disambut mesra oleh Y.B Dato’ KPE MAINJ dan pegawai – pegawai kanan MAINJ.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Y.B Dato’ KPE MAINJ dan disusuli pula dengan ucapan balas daripada YBrs. Tuan Haji KP JAWHAR. Dalam ucapannya, YBrs. Tuan Haji Ruslan menyatakan bahawa tujuan kunjungan hormat ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara JAWHAR dan MAINJ di samping untuk berkongsi idea dan pandangan berkaitan pengurusan wakaf dan zakat /baitulmal dan isu-isu semasa yang berkaitan.

Seterusnya delegasi JAWHAR diberikan taklimat ringkas berkaitan pengurusan wakaf oleh MAINJ yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd Rilizam Bin Rosli (Penolong Pengarah Wakaf MAINJ).

Semoga kunjungan hormat ini dapat memperkukuhkan hubungan JAWHAR dan MAINJ demi memperkasa agenda pembangunan sosioekonomi ummah melalui pengurusan wakaf dan zakat /baitulmal yang mantap dengan kolaborasi strategik Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan Agensi Mengurus Zakat seluruh negara… Insya ALLAH ..

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.35 Subuh 05.45 Syuruk 07.07 Zohor 13.20 Asar 16.46 Maghrib 19.29 Isyak 20.44
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 18 September, 2019 @ 12:36 PM
Top