Awam Kerajaan Warga JAWHAR

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI LIBYA MALAYSIA DA’WAH ISLAMIAH FUND

PUTRAJAYA, 30 April 2015 (Khamis)- Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menerima kunjungan hormat dariLibya Malaysia Da’wah Islamiah Fund yang diwakili olehseramai tiga (3) orang iaitu al-Fadhil al-Ustaz Ali bin Saleh al-Qazlan (Ketua Bahagian, Daerah Madinah Al – Munawarah), Prof. Dr. Jamal Bedi, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merangkap Ahli Lembaga Trustee Fund Libya Malaysia Da’wah Islamiah Fund dan Muhammad Sulhi Bin Hasbullah (Pegawai Perhubungan Awam) Libya Malaysia Da’wah Islamiah Fund.

30042015 1

YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR bergambar bersama delegasi dari Libya Malaysia Da’wah Islamiah Fund dan pegawai-pegawai JAWHAR.

Sesi pertemuan telah berlangsung di Bilik Gerakan, JAWHAR dan sesi taklimat mengenai pengurusan wakaf dan baitulmal telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Haji Anan Bin C. Mohd,  Ketua Pengarah JAWHAR. Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Baitulmal, Encik Ahmad Azhan Bin Mohd Noh, Pengarah Bahagian Wakaf, Encik Azlan Bin Abd. Majid dan Ketua Seksyen Teknologi Maklumat, Puan Rosnita Binti Ismail serta pegawai-pegawai JAWHAR.

 

30042015 2

al-Fadhil al-Ustaz Ali bin Saleh al-Qazlan sedang menandatangai buku pelawat denganl diiringi oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAWHAR

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk mempelajari dan menambah ilmu pengetahuan mengenai pengurusan wakaf dan juga baitulmal di Malaysia. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah mengenai kerangka perundangan wakaf dan zakat di Malaysia di mana JAWHAR menjelaskan bahawa walaupun bidang teras jabatan tersebut berada di bawah bidangkuasa Kerajaan negeri, namun sebagai agensi di peringkat Persekutuan, peranan JAWHAR sebagai pemudahcara adalah amat penting dalam memartabatkan institusi wakaf dan zakat di negara ini. Pertemuan ini berakhir dengan sesi pertukaran cendera kenangan dan diikuti dengan sesi bergambar beramai-ramai.

Tuan/Puan,

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas. 

 

Untuk makluman tuan/puan, Mesyuarat Pra MBJ bil 2/2015 akan diadakan pada  12 Mei 2015 (Selasa) pada pukul  9.00 Pagi.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.

                                                                                                                                                                                                    

Sekian, terima kasih.

Two different kinds page of codes, english and spanish, to understand the

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top