Awam Kerajaan Warga JAWHAR

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI AWQAF NEW ZEALAND KE JAWHAR

PUTRAJAYA, 18 September 2015 (Jumaat) – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menerima kunjungan hormat dari Awqaf New Zealand yang diwakili olehseramai empat (4) orang iaitu Mr. Husain Benyounis (Secretary General, Awqaf NZ), Mr. Tayeb Abdulrahman Al Rais (Secretary General, Awqaf & Minors Foundation, Government of Dubai), Mr. Mohammad S. Ghebeh (Head of Legal Affair, Awqaf & Minors Foundation, Government of Dubai) dan Mr. Saeed Issaf AlSayeh (Acting Director of Investment Department/ Head of Invenstment & Development Section, Awqaf & Minors Foundation, Government of Dubai).

Sesi pertemuan telah berlangsung di Bilik Gerakan, JAWHAR dan sesi taklimat mengenai pengurusan wakaf di Malaysia telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Haji Anan Bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR, Encik Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman dan Pengarah Bahagian Wakaf, Encik Suheimi bin Abd. Samad serta pegawai-pegawai JAWHAR.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk mempelajari dan berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman mengenai pengurusan wakaf yang dilaksanakan di Malaysia, New Zealand dan Dubai. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah pengalaman JAWHAR dalam membangunkan hartanah wakaf di bawah Program Pembangunan Hartanah Wakaf RMKe-9 dan RMKe-10 bersama Majlis Agama Islam Negeri menerusi projek ekonomi dan kebajikan. Pengalaman di New Zealand yang dikongsi bersama pula adalah menggunakan bahan yang tidak digunakan dalam ibadah korban seperti kulit biri-biri, kuku dan sebagainya bagi mendapatkan pendapatan untuk tujuan wakaf. Manakala di Dubai pengurusan wakaf banyak tertumpu menerusi sumbangan individu-individu yang berharta dan berpengaruh.

Pertemuan ini berakhir dengan sesi pertukaran cenderahati dan diikuti dengan sesi bergambar beramai-ramai.

 1

2

YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR bergambar bersama delegasi dari Awqaf New Zealand dan pegawai-pegawai JAWHAR.

3

Mr. Husain Benyounis sedang menandatangai buku pelawat dengan diiringi oleh YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR dan Encik Ahmad Musadad bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR

For example, brian writes several there sentences

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.39 Subuh 5.49 Syuruk 07.01 Zohor 13.19 Asar 16.14 Maghrib 19.39 Isyak 20.38
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 8 Jun, 2021 @ 8:00 AM
Top