Awam Kerajaan Warga JAWHAR

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PIHAK PENGURUSAN TERTINGGI UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA (UIM)

Putrajaya, 24 Oktober 2014 (Jumaat)- Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menerima kunjungan hormat daripada pihak pengurusan tertinggi Universiti Islam Malaysia (UIM) Prof. Dato’ Wira Dr. Ismail bin Ibrahim Naib Presiden (Akademik) dan  Pn Rokiah bt Yunus Penolong Pendaftar Kanan UIM. Pertemuan dan sesi perbincangan telah diadakan di Bilik Syura I, JAWHAR dan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Haji Anan bin C Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR. Turut sama hadir ialah Pegawai Bahagian Wakaf Tuan Haji Zainal bin Haji Mohd Yusoh.

Peserta

Tujuan utama kunjungan hormat daripada UIM selain mengujudkan kerjasama strategik dalam pengukuhan ilmu  adalah bagi merakam ucapan terima kasih UIM kepada Ketua Pengarah JAWHAR dan Pengurusan Tertinggi JAWHAR yang telah membantu UIM melaksanakan Kursus Profesional Pengurusan Harta Waqaf Sesi 1 Tahun 2014 yang merupakan kursus pertama UIM. Seramai 3 orang tenaga pakar JAWHAR telah menyumbang kepakaran masing-masing di dalam kursus tersebut iaitu Ketua Pengarah JAWHAR sendiri YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa Tuan Haji Mohd Bakri bin Ibrahim dan Pengarah Baitumal Tuan Ahmad Azhan bin Mohd Noh.

DSC 0813

DSC 0610

Kursus Profesional Pengurusan Harta Wakaf  ini telah diadakan setiap hari sabtu  bermula 6 September 2014  dan berakhir pada 1 November 2014 selama 7 minggu. Seramai 32 peserta telah mengikuti kursus ini termasuk 2 pegawai daripada JAWHAR iaitu Pn. Norlizah bt Mainoordin dan Tuan Haji Zainal bin Hj Mohd Yusoh.  Majlis penutup dan penyampaian sijil Kursus Profesional Pengurusan Harta Wakaf  telah diadakan di Dewan Tan Sri M.A Rauf, Aras 1,UIM dan disempurnakan oleh Presiden, UIM Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor pada 8 November 2014.

DSC 0602

UIM merupakan satu-satunya universiti yang ditubuhkan atas konsep wakaf menerusi amanah dan gagasan Raja-raja Melayu yang meneruskan misi Kolej Islam Malaya (KIM) yang ditubuh 1955. Sebagai Universiti Penyelidik, UIM hanya menawarkan Ijazah Sarjana dan Kedoktoran.

kp DSC 1118

Sesi kunjungan hormat tersebut berakhir pada jam 11.00 pagi dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.

Disediakan : Bahagian Wakaf JAWHAR

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.32 Subuh 5.42 Syuruk 07.01 Zohor 13.12 Asar 16.34 Maghrib 19.20 Isyak 20.34
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 29 Mei, 2020 @ 3:25 PM
Top