Awam Kerajaan Warga JAWHAR

KUNJUNGAN HORMAT BHG. KOMUNIKASI KORPORAT ANGKASA KE JAWHAR

27 JUN 2018, (RABU) – JAWHAR telah menerima kunjungan daripada Bhg. Komunikasi Korporat, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) iaitu seramai 6 orang yang diketuai oleh YBrs. Puan Norlela Abdul Ghani (Pengurus Unit Komunikasi dan Multimedia). Delegasi telah disambut mesra oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Musadad Bin Haji Sulaiman, Ketua Pengarah JAWHAR.

Pertemuan dan sesi perbincangan telah diadakan di Dewan Syura Utama Jannatul Firdaus JAWHAR.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan fungsi dan peranan JAWHAR dari aspek pengurusan wakaf, zakat dan haji/umrah dan seterusnya untuk melihat potensi jalinan kerjasama strategik antara ANGKASA – JAWHAR.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman dan disusuli dengan sesi ucapan balas daripada pihak ANGKASA oleh YBrs. Puan Norlela Abdul Ghani.

Perbincangan yang penuh harmoni ini diteruskan dengan penyampaian cendera kenangan dan sesi bergambar antara kedua-dua belah pihak.

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.38 Subuh 05.48 Syuruk 07.02 Zohor 13.10 Asar 16.14 Maghrib 19.12 Isyak 20.20
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 19 Oktober, 2018 @ 4:09 PM
Top