Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Kunjungan daripada Oxford Business Group (OBG) yang diketuai oleh Ms. Jana Treeck, Country Director of OBG

Putrajaya- Satu perbincangan telah diadakan pada 2 Mac 2012 antaraYBhg. Datuk Hj. Anan bin C. Mohd, KetuaPengarah JAWHAR bersama dua orang wakil daripada Oxford Business Group (OBG) yang diketuai oleh Ms. Jana Treeck, Country Director of OBG. Perbincangan mengambil masa selama 40 minit ini membincangkan aktiviti organisasi kedua-dua pihak.

 

 

OBG merupakan Syarikat Penyelidikan dan Konsultansi daripada United Kingdom, England dan beroperasi di 36 buah Negara seluruh dunia. OBG telah menjalankan perniagaan di Malaysia selama tujuh tahun dan mempunyai hubungan kerja dengan Economic Planning Unit (EPU), Jabatan Perdana Menteri Malaysia dalam menjalankan penyelidikan ekonomi ekstensif di Malaysia merangkumi semua bidang termasuk pengurusan dan pembangunan Islam. Selain itu, OBG juga mengeluarkan laporan ekonomi dan menerbitkan laporan dalam akhbar.

 

JAWHAR antara lain menyatakan perbezaan JAWHAR dan JAKIM dalam pengurusan Islam di Malaysia. JAKIM berperanan dalam hamper ke semua pengurusan hal-ehwal Islam manakala JAWHAR berperanan dalam pembangunan hal-ehwal Islam di Malaysia khususnya dalam bidang wakaf, zakat, mal dan haji. YBhg. Datuk KP turut membincangkan aktiviti wakaf yang dijalankan oleh JAWHAR  yang telah dan sedang dijalankan iaitu Pusat Hermodialisis, Batu Pahat, Pusat Perlindungan Wanita Teraniya, Johor, Pusat Saudara Baru, Seremban, Hotel Wakaf Melaka, Negeri Sembilan, Taiping dan Terengganu, Kompleks Pendidikan Al-Mashoor di Pulau Pinang, Rumah Anak-anak Yatim Derga, Kedah dan Ruang Niaga di Tambun, Perak. Turut dimaklumkan pelbagai projek lain untuk membangunkan ummah yang akan dimajukan dari semasa ke semasa.

Hasil daripada pertemuan ringkas tersebut, kedua-dua pihak kini lebih memahami peranan dan fungsi organisasi masing-masing.

Comprised of go to my forum his ancestors and the spanish culture they represent

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.32 Subuh 5.42 Syuruk 07.01 Zohor 13.12 Asar 16.34 Maghrib 19.20 Isyak 20.34
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 1 Jun, 2020 @ 10:46 AM
Top