Awam Kerajaan Warga JAWHAR

KUNJUNGAN HORMAT PIHAK PENGURUSAN TERTINGGI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (KUIS) KE JAWHAR

Putrajaya, 24 Oktober 2014 (Jumaat)- Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menerima kunjungan hormat daripada pihak pengurusan tertinggi KUIS seramai 4 orang yang terdiri daripada Dr. Mokmin Bin Basri, Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni, Encik Khairul Anuar Ahmad, Pengarah Yayasan, Wakaf dan Zakat, Puan Raja Nor Ashikin Bt Raja Ramli, Ketua Bahagian Pengurusan Yayasan, Wakaf dan Zakat dan Puan Noorlia Bt Ramli Ketua Pustakawan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Wakaf, KUIS.

Pertemuan dan sesi perbincangan telah diadakan di Bilik Syura I, JAWHAR dan dipengerusikan oleh YBhg. Haji Datuk Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR. Turut sama hadir ialah Pengarah Baitulmal, Encik Ahmad Azhan Bin Mohd Noh dan beberapa orang pegawai di Bahagian Bailtulmal.

Tujuan utama kunjungan hormat daripada pihak KUIS selain berkongsi ilmu mengenai pendidikan wakaf adalah untuk memohon pandangan daripada JAWHAR tentang cadangan menjadikan KUIS sebagai Universiti Wakaf menjelang tahun 2016.

Lawatan tersebut juga turut membincangkan tentang kerjasama yang boleh dilaksanakan antara JAWHAR dan KUIS sama ada dari segi penyelidikan mengenai wakaf dan zakat atau program-program yang akan dianjurkan kelak.

Sesi lawatan tersebut berakhir pada jam 11.30 pagi dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh kedua-dua pihak sebagai tanda kenang-kenangan.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top