Awam Kerajaan Warga JAWHAR

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN KERAJAAN

Unit Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia(BKPSM) JAWHAR, JPM  telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan Kerajaan bertempat di Hotel Grand Puteri ( JAWHAR-MAIDAM ) , Kuala Terengganu pada 6 hingga 8 November 2013 yang lalu. Kursus yang telah diadakan selama 3 hari ini melibatkan seramai 35 orang pegawai dan kakitangan JAWHAR yang mewakili semua bahagian serta turut disertai oleh wakil daripada Yayasan Wakaf Malaysia(YWM). Di antara objektif kursus ini adalah memberipendedahan dan pengetahuan berhubung Pengurusan Kewangan Kerajaan terutamanya kepadapegawai-pegawai yang bukan berlatarbelakangkan kewangan. Walaupun tidak melakukan kerja-kerja kewangan, pengurusan kewangan kerajaan ini juga penting untuk diterapkan di dalam kerja seharian pegawai dan kakitangan JAWHAR.

Seramai lima orang penceramah telah dijemput untuk menjayakan kursus ini di mana empat orang penceramah adalah terdiri daripada para akauntan daripada Jabatan Akauntan Negara Terengganu manakala seorang penceramah daripada Jabatan Audit Negara Terenganu. Penceramah-penceramahdaripada  Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Terengganu adalah Puan Hasni binti Nawi, Puan Noorazura binti Che Nazar, Puan Nurul Aaina Wahida binti Zulkifly dan Puan  Nor Faiza binti Zainal Abidin manakala penceramah daripada Jabatan Audit Negara Terengganu adalah Encik Mohktar bin Abd. Ghani. Tajuk-tajuk utama kursus adalah terdiri daripada Pengurusan Perolehan, Pengurusan bayaran dan Pengurusan Terimaan. Para peserta juga telah diberi pendedahan berhubung tajuk pelaksanaan Perakaunan Akruan menjelang 2015 serta cabaran dalam melaksanakannya. Pada hari terakhir kursus , penceramah daripada Jabatan Audit Negara Terengganu telah membentangkan isu-isu penemuan dan teguran audit berhubung Isu-isu pengurusan kewangan secara umum dan secara khususnya kepada teguran audit Indek Akauntabiliti di JAWHAR yang lalu.

Kursus ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Mu’az b Haji Zawawi , Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR pada 6 November 2013 jam 8.45 malam, manakala perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Anan bin C . Mohd , Ketua Pengarah JAWHAR pada 8 November 2013, jam 12.00 tengah hari. Semoga segala ilmu yang diperolehi sepanjang kursus yang diikuti oleh semua peserta dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam kerja seharian.

Disediakan oleh : Unit Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, JAWHAR

Klik sini untuk melihat gambar kursus

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.34 Subuh 5.44 Syuruk 07.04 Zohor 13.06 Asar 16.28 Maghrib 19.03 Isyak 20.17
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 2 Disember, 2020 @ 8:56 AM
Top