Awam Kerajaan Warga JAWHAR

MAJLIS BERSAMA KETUA PENGARAH JAWHAR BULAN FEBRUARI 2014

DSC_0164

Majlis Perhimpunan Bersama YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAWHAR bagi Bulan Februari 2014 diadakan pada 28 Februari 2014 bersamaan 28 Rabiul Akhir 1435H (Jumaat) bertempat di Dataran JAWHAR, Blok E2, JAWHAR, Putrajaya. Majlis perhimpunan dianjurkan oleh pelajar praktikum dengan kerjasama BKPSM. Majlis berlangsung pada jam 3.00 petang dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Asmaul Husna. Bagi mendapat keberkatan Allah SWT, majlis ini dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan tayangan video yang bertajuk “Seronok Dalam Bekerja” sebagai pengisian ilmu dalam majlis ini.

Majlis diteruskan dengan sesi Hebahan berkaitan kelahiran cahaya mata, kakitangan yang telah melangsungkan perkahwinan, penghebahan ulang tahun kelahiran kakitangan bagi bulan Februari, persaraan kakitangan, pegawai baru dan pelajar praktikal di JAWHAR. Majlis diceriakan dengan tayangan montaj aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Februari serta pengumuman Anugerah Pekerja Contoh Bulanan dan Anugerah Miftahul Ilmi bagi bulan Februari 2014.

Majlis dimeriahkan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Bulanan JAWHAR yang dianugerahkan kepada Puan Rosnita Ismail, Pengarah Teknologi Maklumat, sementara penerima Anugerah Miftahul Ilmi disandang oleh Encik Rohaizit Abdul Rashid, dari Unit Kewangan, BKPSM. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah perkahwinan, hadiah kelahiran cahaya mata serta penyampaian kad hari lahir.

Majlis diteruskan lagi dengan amanat ringkas daripada YBhg. Datuk Haji Anan C Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR. Datuk sangat berbangga dan mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Mal dan P&P serta warga JAWHAR yang turut membantu menjayakan Program JID 2014 kerana program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta.Dalam ucapannya, Datuk Ketua Pengarah turut mengingatkan kakitanganya agar bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

Majlis diakhiri dengan acara memotong kek dan nyanyian lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’ kepada warga JAWHAR yang menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran dan diikuti dengan majlis jamuan ringan.

DSC_0183 DSC_0168 DSC_0166

Disediakan Oleh : Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia, JAWHAR

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top