Awam Kerajaan Warga JAWHAR

KONVOI KEMBARA ZAKAT 2019

PUTRAJAYA – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengadakan Program Konvoi Kembara Zakat (KKZ) 2019 bermula daripada 23 April hingga 25 April 2019 (Selasa hingga Khamis) bertempat di negeri Terengganu Darul Iman dengan tema “Al-Barakah : Kembara Tranung Kite Melebar Rahmah”.

KKZ 2019 ini merupakan program anjuran bersama JAWHAR, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan dengan kerjasama semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) seluruh Malaysia serta Bahagian Penyiaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) .

Program KKZ 2019 ini adalah program KKZ  kali ketujuh yang telah dilaksanakan oleh JAWHAR yang bertujuan untuk mempromosi JAWHAR selaku agensi penyelaras di peringkat persekutuan serta MAIN dan AMZ selaku agensi yang menguruskan zakat di peringkat negeri kepada umat Islam di seluruh Malaysia. Pelbagai program agihan zakat yang dilaksanakan oleh MAIN dan AMZ diketengahkan kepada masyarakat agar masyarakat mendapat maklumat mengenai peranan  yang telah dimainkan oleh institusi-institusi zakat di Malaysia. 

Majlis Pra Pelepasan (Flag-Off) KKZ 2019 bagi peserta konvoi JAWHAR telah dilaksanakan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan pada 23 April 2019 (Selasa) jam 9.30 pagi. Manakala Majlis Pelepasan (Flag Off) KKZ 2019 di Trengganu telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah JAWHAR pada 24 April 2019 (Rabu) jam 8.30 pagi. Selepas upacara flag-Off, semua peserta KKZ 2019 telah berkonvoi menuju ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan bagi program-program berikut :

Lawatan ke Perumahan Asnaf, Kampung Banggol Peradong, Terengganu untuk aktiviti ziarah dan penyampaian sumbangan kepada asnaf setempat;

  1. Majlis Pecah Tanah Bangunan Komuniti Perumahan Asnaf Kampung Banggol Peradong, Terengganu;
  2. Lawatan ke Asrama Kebajikan Anak-anak Yatim/Fakir Miskin Darul Akhyar MAIDAM Kampung Mengabang Kapai, Batu Rakit Kuala Nerus, Terengganu;
  3. Lawatan ke Akademi Kulinari Terengganu, Pulau Kerengga Marang Terengganu;
  4. Perlawanan Persahabatan Bowling Di Pusat Sukan Terengganu Equestrian Resort (TERs);
  5. Majlis Makan Malam di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Terengganu.

Secara keseluruhannya program KKZ 2019 ini telah berjaya dianjurkan dengan jayanya dan mencapai objektif yang telah ditetapkan serta mendapat respon yang sangat positif daripada semua pihak yang terlibat. Program yang amat bermakna ini wajar diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang demi meninggikan syiar Islam melalui ibadah zakat yang mampu memperkasakan sosioekonomi umat Islam di Malaysia.

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.31 Subuh 05.41 Syuruk 07.00 Zohor 13.02 Asar 16.24 Maghrib 19.00 Isyak 20.13
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 21 November, 2019 @ 9:13 AM
Top