Awam Kerajaan Warga JAWHAR

KONVOI KEMBARA ZAKAT 2017

Negeri Sembilan, 26 September 2017 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan program Konvoi Kembara Zakat (KKZ) 2017 pada 24 hingga 26 September 2017 (Ahad hingga Selasa) bertempat di Negeri Sembilan. KKZ 2017 dengan tema “Kembara al-Barakah di Bumi Perpatih” merupakan program kali ke-6 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2012 lagi.

KKZ 2017 ini merupakan program anjuran bersama JAWHAR, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS), Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) seluruh Malaysia serta agensi-agensi lain yang turut terlibat antaranya Bahagian Media, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan sebagainya. Penyertaan KKZ pada kali ini mencecah 200 orang peserta dengan menggunakan lebih 40 buah kenderaan pacuan empat roda (4×4), kenderaan pelbagai guna (MPV), kereta dan van, selain penyertaan daripada 18 buah motosikal berkuasa tinggi oleh Satria Bikers Group (SBG) dan juga 10 orang Rakan FB PZNS yang turut memeriahkan acara.

Tujuan utama program KKZ 2017 ini diadakan adalah untuk mempromosikan JAWHAR selaku agensi penyelaras di peringkat persekutuan serta MAIN dan AMZ selaku agensi yang menguruskan zakat di peringkat negeri kepada umat Islam di seluruh Malaysia, dengan mengetengahkan program-program agihan zakat yang dilaksanakan oleh MAIN dan AMZ agar masyarakat mendapat maklumat mengenai peranan yang telah dimainkan oleh institusi-institusi zakat di Malaysia.

Selain itu, program KKZ ini juga bertujuan untuk berkongsi pengalaman sesama para peserta konvoi serta mengeratkan jalinan kerjasama dan persefahaman antara semua agensi terlibat terutamanya JAWHAR, MAIN dan AMZ sebagai entiti yang telah diberikan amanah untuk mengendalikan urusan berkaitan zakat di Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan bagi melaksanakan program melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan.

Majlis Pelepasan (Flag-Off) KKZ 2017 telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj. Ahmad Musadad bin Hj. Sulaiman, Ketua Pengarah JAWHAR pada 25 September 2017 (Isnin) jam 9.00 pagi di Klana Beach Resort, Port Dickson. Selepas upacara flag-off, semua peserta KKZ 2017 telah berkonvoi menuju ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan iaitu:

 

  1. Tanjong Agas dan Kg. Sungai Raya, Port Dickson untuk aktiviti gotong rotong, ziarah dan penyampaian sumbangan kepada asnaf setempat;
  2. Orang Asli (KOA) Ulu Chembong, Rembau untuk lawatan ke pusat kraftangan Temuan Abo Craft dan majlis pecah tanah “Rumah al-Barakah” untuk satu keluarga orang asli;
  • KOA Pabai, Rembau untuk aktiviti ramah mesra, ziarah dan penyampaian sumbangan kepada masyarakat orang asli setempat;
  1. Darul Asnaf, Kuala Pilah untuk program minum petang dan penyampaian bantuan kepada para pelajar yang merupakan anak-anak asnaf;
  2. Dataran Asnaf, Kompleks MAINS, Seremban untuk program Malam Mahabbah yang dirasmikan oleh YBhg. S.S. Dato’ Hj. Mohd. Yusof bin Hj. Ahmad, Mufti Negeri Sembilan;
  3. Pusat Pembangunan Asnaf MAINS dan kilang roti En. Abdul Hamid (usahawan asnaf MAINS) di Seremban untuk aktiviti lawatan; dan
  • Kompleks al-Sa‘adah, Rahang untuk program lawatan dan Majlis Penutup KKZ 2017.

Secara keseluruhannya, program KKZ 2017 ini telah berjaya dianjurkan dengan jayanya dan mencapai objektif yang telah ditetapkan serta mendapat respons yang sangat positif daripada semua pihak yang terlibat. Program yang amat bermakna ini wajar diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang demi meninggikan syiar Islam melalui ibadah zakat dan seterusnya memperkasakan lagi sosioekonomi umat Islam di Malaysia.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.30 Subuh 05.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.20 Maghrib 18.58 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 17 November, 2017 @ 5:57 PM
Anda Pelawat ke: [wHitCounter]
Top