Awam Kerajaan Warga JAWHAR

KONVENSYEN USAHAWAN ISLAM : “PELUANG KERJAYA DALAM INDUSTRI UMRAH”

Negeri Sembilan, 1 Oktober 2017 (Ahad) – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)  dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Konvensyen Usahawan Islam : “Peluang Kerjaya Dalam Industri Umrah”. Konvensyen ini memfokuskan kepada perkhidmatan pelaksanaan umrah oleh agensi pelancongan dan pelaksanaan ibadah umrah. Para peserta yang hadir semasa konvensyen ini terdiri daripada kalangan pelajar USIM dan beberapa institusi pendidikan berdekatan serta orang awam. Dianggarkan lebih dari 300 orang menyertai konvensyen ini yang diadakan di Dewan Kuliah Fakulti Ekonomi dan Mualamat, USIM

 

 

 

 

 

 

 

Konvensyen ini dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman, Ketua Pengarah JAWHAR. Beliau dalam ucapannya menyatakan bahawa peserta khususnya pelajar yang hadir pada konvensyen ini boleh membantu di masa akan datang untuk menyediakan perkhidmatan umrah yang lebih baik serta menyebarkan kesedaran kepada orang awam berkenaan pelaksanaan umrah. Beliau juga berharap agar ilmu yang diperolehi di dalam konvensyen ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sesi pertama dimulakan dengan ceramah berkenaan aktiviti perkhidmatan umrah di Malaysia oleh YBrs. Encik Mohd Faizal bin Abdul Hamid, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa (BPKA) JAWHAR. Sesi ini memfokuskan kepada peluang-peluang kerjaya sebagai pengendali pakej umrah dan pasaran pengendalian pakej umrah oleh agensi pelancongan. Manakala sesi kedua ceramah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Khairul Anuar bin Khalid, Penolong Pengarah Haji dan Umrah JAWHAR. Fokus ceramah sesi kedua ini adalah terhadap pelaksanaan ibarah umrah dan isu-isu semasa serta yang pernah terjadi semasa melaksanakan ibadah umrah yang merupakan tanggungjawab seorang mutawwif.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.38 Subuh 05.48 Syuruk 07.02 Zohor 13.10 Asar 16.14 Maghrib 19.12 Isyak 20.20
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 19 Oktober, 2018 @ 4:09 PM
Top