Awam Kerajaan Warga JAWHAR

KONVENSYEN BAITULMAL KEBANGSAAN 2016

Putrajaya, 27 September 2016 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)  telah menganjurkan Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2016 bertempat di The Everly, Putrajaya dengan bertemakan “Baitulmal Penggerak Ekonomi Negara”. Penganjuran konvensyen ini telah disertai oleh lebih kurang 450 orang peserta dari seluruh negara yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN), Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) dari seluruh Negara termasuk Sabah dan Sarawak, wakil daripada agensi di bawah YB Menteri, jabatan dan agensi-agensi korporat yang menjadi rakan strategik atau yang ada hubung kait dengan JAWHAR. Selain itu, penyertaan peserta turut melibatkan ahli akademik dan pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi di Malaysia bagi menjayakan konvensyen ini.

jawhar-333 Fokus utama penganjuran konvensyen yang telah dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini ialah untuk menjana idea-idea baru yang lebih praktikal dalam memperkasa dan memperkukuhkan peranan institusi Baitulmal kearah menjana kekuatan ekonomi umat khususnya Negara Islam. Bersempena dengan Konvensyen ini juga, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah melancarkan Aplikasi Mobile e-Khairat (mobile apps) yang merupakan lanjutan daripada Portal e-Khairat yang telah dilancarkan pada  Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2015 yang lalu. Aplikasi Mobile e-Khairat ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan orang awam meyemak kesahihan surat kelulusan yang dikeluarkan oleh Majlis-Majlis Agama Islam Negeri bagi kutipan derma/sedekah dengan lebih mudah dan cepat.

jawhar-568

jawhar-600

Penganjuran konvensyen ini telah menyaksikan pembentangan lima kertas kerja daripada para cendekiawan yang terdiri dari daripada ahli akademik, pakar undang-undang dan juga wakil pentadbir hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan dan juga negeri. Pembentangan ini memberikan fokus dan penekanan terhadap tema utama iaitu “Baitulmal Penggerak Ekonomi Negara” menerusi pelbagai perspektif samada dari segi Syarak dan Perundangan, Ekonomi dan Kewangan, Pelaburan dan Pembangunan dan juga Peranan dan Pengurusan.

jawhar-769

Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2016 ini telah berakhir dengan jayanya pada jam 5.00 petang dengan Ucapan Penutupan oleh YBhg. Datuk Haji Anan bin C Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR serta pembentangan 4 resolusi bagi memantapkan peranan baitulmal sebagai salah satu institusi yang diangkat menyumbang kepada pemantapan sosio ekonomi ummah secara efektif.

jawhar-723

jawhar-393

jawhar-521

jawhar-343

jawhar-454

jawhar-483

jawhar-512

jawhar-609

jawhar-779

jawhar-772

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top