Awam Kerajaan Warga JAWHAR

KONVENSYEN BAITULMAL KEBANGSAAN 2015

kbk1

Putrajaya, 20 Ogos 2015 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor dan MyAngkasa Berhad telah menganjurkan Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2015 bertempat di Palm Garden Hotel, IOI Resort Putrajaya. Konvensyen ini bertemakan “Transformasi Baitulmal Ke Arah Kelestarian Ummah”. Penganjuran konvensyen ini telah disertai oleh lebih kurang 200 orang peserta dari seluruh negara yang disasarkan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) dari seluruh Negara termasuk Sabah dan Sarawak. Penyertaan lain juga termasuk beberapa wakil terpilih daripada agensi, jabatan dan kementerian serta agensi-agensi korporat yang menjadi rakan strategik atau yang ada hubung kait dengan JAWHAR.

Fokus utama penganjuran konvensyen yang telah dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini ialah untuk menjana idea-idea baru dan lebih praktikal dalam memperkasa institusi Baitulmal serta meneliti peluang bagi mewujudkan urus tadbir terbaik iaitu dengan menghasilkan resolusi yang bersesuaian dan relevan ke arah memantapkan pengurusan Baitulmal di Malaysia. Bersempena dengan Konvensyen ini juga, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah melancarkan Portal e-Khairat antara lain bertujuan menyelaras data secara berpusat berkaitan kebenaran membuat kutipan khairat di negeri-negeri yang mana mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan, aktiviti kutipan khairat perlu mendapat surat kebenaran daripada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di negeri masing-masing.

Penganjuran konvensyen ini telah menyaksikan pembentangan enam kertas kerja daripada para cendekiawan yang terdiri dari wakil Baitulmal MAIN, pakar perundangan, ahli akademik dan juga badan korporat yang memberikan fokus dan penekanan terhadap tema utama iaitu “Transformasi Baitulmal : Ke Arah Kelestarian Ummah” menerusi pelbagai perspektif iaitu dari segi Syarak dan Perundangan, Ekonomi dan Kewangan, Pelaburan dan Pembangunan dan juga Pengurusan.

Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2015 ini telah berakhir pada jam 4.30 petang dengan Ucapan Penutupan oleh YBhg. Datuk KP JAWHAR serta pembentangan 6 resolusi yang bermatlamat ke arah transformasi Baitulmal yang menyeluruh di negara ini. Di antara resolusi tersebut ialah dengan menyusun semula struktur MAIN dan struktur Baitulmal dari sudut perundangan dan struktur organisasi, memperkasa kecekapan sumber manusia dengan menggunakan khidmat pegawai perkhidmatan gunasama, melaksanakan satu kajian Pelan Transformasi Baitulmal bersama pakar dan penyelidik tempatan, melakukan transformasi pemikiran atau perubahan minda, melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkesan berkaitan pentadbiran dan pengurusan Baitulmal serta melaksanakan transformasi pengurusan harta Baitulmal dengan penerokaan sumber-sumber baru dan sumber selain daripada hasil agama.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top