Komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) Antara Penerima Sumbangan Musaadah Covid19
Kuala Lumpur, 3 Jun 2020 | YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah,JAWHAR telah menyempurnakan Majlis Musaadah Covid19 dengan kerjasama JAWHAR, Yayasan Waqaf Malaysia dan Yayasan Taqwa MAIWP bertempat di PPR Pinggiran Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Majlis simbolik penyerahan bantuan barangan keperluan harian bernilai RM5,000.00 melalui Dana Tabung Wakaf Bencana Covid19, YWM kepada Puan Nazaria, wakil Persatuan Penduduk PPR Pinggiran Bukit Jalil akan memberi manfaat kepada 50 penerima antara yang menerima ialah 20 Orang Kelainan Upaya yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak Covid19. Turut hadir YBrs. Tuan Abdul Halim bin Mat Yusop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YWM; dan YBrs. Tuan Md Fadzli bin Md Saad, Timbalan Pengurus Bahagian Baitulmal, MAIWP.