Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Sukan JAWHAR (KKSJ), Kali Ke-9 Tahun 2014

DSC 0103

Kelab Kebajikan dan Sukan JAWHAR (KKSJ) telah mengadakan Mesyuarat Agung Kelab Kali Ke-9 pada 18 Februari 2014 (Selasa) bertempat di Bilik Gerakan, JAWHAR.  Seramai 45 orang ahli kelab telah menghadiri mesyuarat tersebut.  Tujuan utama mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan segala aktiviti dan program KKSJ sepanjang tahun 2013  dan ahli mesyuarat juga telah dibentangkan penyata kewangan sesi 2013/2014.  Selain itu agenda utama mesyuarat adalah pemilihan peneraju KKSJ bagi sesi 2014/2015.  Pemilihan tersebut telah berjalan dengan lancar dan berdasarkan prinsip demokrasi, Ustaz Murid Fadzli bin Musa telah dipilih oleh majoriti ahli sebagai Pengerusi KKSJ yang baru manakala timbalannya ialah Ustazah Zaleha Embong.  Semoga dengan pemilihan pimpinan terbaru ini KKSJ dapat bergerak aktif dan terus maju jaya bersama-sama JAWHAR.

 

Majlis Makan Tengah Hari anjuran KKSJ bagi sesi 2013/2014

DSC 0108

Sebagai  penutup tirai kepimpinan KKSJ sesi 2013/14, satu majlis  Makan Tengah Hari telah diadakan pada 18 Februari 2014 (Selasa) bertempat di Restoran Seafood, Taman Botani, Putrajaya.  Majlis ini tambah berseri kerana menerima kehadiran Ketua Pengarah JAWHAR iaitu YBhg. Datuk Haji Anan C. Mohd ditemani isteri dan Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR, YBrs. En Mu’az Bin Haji Zawawi.  Dalam ucapannya, YBhg. Datuk Ketua Pengarah telah mengucapkan terima kasih kepada barisan kepimpinan KKSJ yang berjaya menganjurkan program makan tengah hari buat julung kalinya. Majlis juga telah dihadiri oleh 61 orang ahli KKSJ dan 7 orang pelajar praktikal JAWHAR.  Pada masa yang sama, majlis turut meraikan persaraan Pembantu Peribadi kepada Ketua Pengarah iaitu Puan Halijah binti Ramli yang bersara pilihan berkuatkuasa mulai 3 Mac 2014. KKSJ bersama PUSPANITA JAWHAR mengambil kesempatan untuk menyampaikan cenderahati sebagai kenang-kenangan kepada beliau dan YBhg. Datuk Ketua Pengarah turut menyampaikan penghargaan mewakili seluruh warga JAWHAR di atas segala sumbangan dan khidmat bakti Puan Halijah selama bertugas di JAWHAR. Semoga majlis seumpama ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang bagi mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan warga JAWHAR.

 


 

{gallery}20140218{/gallery}

In her synopsis of the central presbyterian check my company church.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top