Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Keunggulan JAWHAR di Pameran Semarak

Kuala Terengganu, 4 Februari – Perkampungan Hadhari Terengganu 2008 menampilkan suatu program komuniti ke arah menyemarakkan kesedaran masyarakat awam terhadap Pendekatan Islam Hadhari berlangsung dari 1 hingga 9 Februari 2008 di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) mempamerkan fungsi-fungsi utama dalam pengurusan wakaf, zakat, mal dan haji di Malaysia. Sehingga hari ini seramai 5000 pengunjung berdaftar telah melawat tapak pameran JAWHAR. Dengan adanya pameran seperti ini pengunjung dapat mengenali objektif, visi, misi, fungsi utama, dasar kualiti dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh JAWHAR seusia penubuhannya.

YB Dato’ Dr. Abdullah bin Md Zin telah melawat ke gerai pameran JAWHAR diiringi Y.Bhg. Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah JAKIM dan Y.Bhg. Dato’ Haji Che Mat bin Che Ali, Setiausaha MAIWP. Beliau berasa gembira di atas susun atur bahan pameran dan penerangan yang ditampilkan oleh JAWHAR.

Taman Tamadun Islam telah dibuka secara rasminya oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 3 Februari 2008.
 

Tarikh : 4/2/2008
Sumber : Petugas Hadhari JAWHAR
Editor :Mohd Radzi bin Mohammed Ismail

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.39 Subuh 5.49 Syuruk 07.01 Zohor 13.19 Asar 16.14 Maghrib 19.39 Isyak 20.38
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 8 Jun, 2021 @ 8:00 AM
Top