Awam Kerajaan Warga JAWHAR

JAWHAR INTELLECTUAL DISCOURSE – HAJI IFRAD, TAMATTUK, QIRAN : MANA SATU PILIHAN

CIMB 2 103

Putrajaya, 25 September 2014 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) sekali lagi telah berjaya menganjurkan program JAWHAR Intellectual Discourse (JID) bagi tahun 2014. Program ini yang merupakan kali ketiga seumpamanya diadakan pada tahun ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Anan Bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR. Mengambil kesempatan sempena bulan Haji ini,  program JID kali ini diadakan dalam bentuk forum dengan tema perbincangan “Haji Ifrad, Tamattuk, Qiran, : Mana Satu Pilihan?”.

YBhg.  Datuk Ketua Pengarah JAWHAR dalam ucapan perasmiannya menekankan kepentingan  menanamkan niat atau keinginan untuk menunaikan haji pada usia muda.    Hal ini dapat dilaksanakan jika ibu bapa mempunyai visi dengan mendaftarkan anak-anak mereka dengan Tabung Haji seawal anak mereka lahir ke dunia agar apabila mereka dewasa mereka sudah dipanggil untuk menunaikan haji.  YBhg. Datuk juga meminta agar peserta mengambil peluang daripada forum JID ini untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan dengan jenis-jenis haji kerana dengan ilmu sahajalah akan menjadi bekalan  kepada jemaah untuk melaksanakan ibadah tersebut hingga mencapai kesempurnaan dan kemabruran di sisi Allah SWT. Beliau juga turut memberi semangat kepada para wanita untuk menunaikan haji kerana jihad yang sebenar-benarnya bagi wanita  ialah ibadah haji yang merupakan suatu kelebihan kepada wanita kerana mereka tidak perlu pergi berperang untuk berjihad. Beliau juga menzahirkan harapan agar Negara memperoleh kuota haji lebih daripada yang diperoleh pada masa kini dengan pembesaran Masjidil Haram yang akan siap dalam beberapa tahun lagi. Di akhir ucapan beliau mengucapkan terimakasih atas kehadiran para peserta dan seterusnya merasmikan JID Bil 3/2014.

Ahli-ahli  panel forum JID Haji pada kali ini ialah Tn. Hj. Zamri bin Zainal Abidin yang merupakan Pembimbing Jemaah Haji Tabung Haji (PJH) juga merupakan pendakwah bebas, Tn. Hj. Ahmad Husni bin Abdul Rahman Pegawai Zakat Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan dan Tn. Hj. Zakaria bin Osman Pegawai Kanan JAKIM sebagai moderator forum.   Secara keseluruhannya  dalam perbincangan forum,   para panel telah mengupas isu-isu berkaitan sejarah perjalanan haji Rasulullah SAW, jenis haji yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW, sebab-sebab baginda melaksanakan haji tersebut dan jenis-jenis haji serta perbezaannya. Pada akhir atau kesimpulan forum para panel telah memberi suntikan motivasi agar para peserta  berazam dengan lebih kuat lagi untuk menunaikan haji dengan usaha, keringat dan harta mereka seawal mereka memperoleh pekerjaan atau pada usia muda.

CIMB 2 092 CIMB 2 090 CIMB 2 087

Penganjuran program ini mendapat maklumbalas yang baik daripada kakitangan Kerajaan di Kuala Lumpur dan Putrajaya yang merupakan sasaran utama program ini. Lebih 300 orang peserta telah menyertai program JID kali ini dan ia turut merangkumi bakal-bakal haji yang mendapat giliran haji dalam tempoh 2 atau 3 tahun lagi.  Menjadi harapan JAWHAR agar segala pengetahuan dan pengalaman yang dikongsi bersama dalam program ini memberi manfaat kepada semua peserta program terutamanya bakal-bakal  jemaah haji dalam mencapai kesempurnaan manasik yang dilakukan.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 25 November, 2020 @ 5:01 PM
Top