Awam Kerajaan Warga JAWHAR

JAWHAR INTELLECTUAL DISCOURSE (JID) BIL. 1/2015

IMG_0595

Bahagian Baitulmal dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan dan Penyelarasan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menganjurkan program JAWHAR Intellectual Discourse (JID) Bil. 1/2015 pada 5 Mac 2015 bertempat di Auditorium Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya yang bertemakan “Pengurusan Wasiat : Wasiat Dan Amalannya Dalam Masyarakat”.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Anan Bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR dan telah disertai oleh lebih 500 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam sekitar Putrajaya dan juga pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Negeri seluruh Malaysia.

Program JID pada kali ini diadakan dalam bentuk forum dengan menampilkan tiga orang ahli panel yang terdiri daripada Ustaz Zamro bin Muda, Pensyarah Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM, Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengurus Harta Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor dan Tuan Haji Mohd Nasir bin Yahya, Ketua Jabatan, Jabatan Pentadbiran Wasiat, Amanah Raya Berhad. Manakala moderator yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan forum ini adalah Ustaz Shahrul Ridhwan bin S. Ali daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Tema kali ini membincangkan topik Pengurusan Wasiat yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat Islam tentang konsep dan kaedah pengurusan wasiat dalam masyarakat islam bagi memastikan harta yang ditinggalkan dapat diwarisi oleh orang yang berhak. Ia juga bertujuan untuk memberi kefahaman yang jelas tentang kepentingan perancangan dan pengurusan wasiat menurut perspektif Islam yang melibatkan harta yang ditinggalkan oleh si mati selaras dengan tuntutan agama Islam.

Program yang berlangsung selama setengah hari ini mendapat sokongan dan sambutan yang baik daripada peserta yang hadir. Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan sesi penyampaian cenderahati oleh Timbalan Ketua Pengarah kepada para panel jemputan.

IMG_0660

Those subjects http://pro-essay-writer.com/ offer clues to discovering

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top