Awam Kerajaan Warga JAWHAR

JAWHAR INTELLECTUAL DISCOURSE “WAKAF: TALIAN HAYAT, TALIAN AKHIRAT”

“….Carilah harta kekayaan di atas dunia tapi jangan lupa habuan di akhirat..” Inilah sedikit petikan yang telah diungkapkan oleh Y.Bhg Datuk Haji Anan bin C. Mohd Ketua Pengarah JAWHAR ketika menyempurnakan majlis perasmian program JAWHAR Intellectual Discourse 2013 yang telah diadakan pada 11 November 2013 bertempat di Auditorium EA, Kompleks E, Putrajaya. Sememangnya Islam tidak melarang ummatnya untuk mengumpulkan harta tetapi pada masa yang sama perlu memikirkan cara untuk menguruskan harta yang diperolehi. Justeru dengan tema Wakaf: Talian Hayat Talian Akhirat ini memberikan tafsiran bahawa dunia yang disediakan untuk kegunaan manusia ini merupakan satu jambatan untuk mencapai kesempurnaan di akhirat. Justeru instrumen wakaf ini menjadi satu amalan yang telah dijanjikan pahala yang berlipat ganda kepada sesiapa yang melaksanakannya.

Pada majlis yang sama YBhg Datuk juga turut mengimbau kembali sejarah pewakafan yang berlaku di kalangan masyarakat lampau yang meninggalkan impak yang amat besar dalam menjana kesejahteraan hidup manusia. Instrumen ini amat wajar diberi penekanan dan perhatian serta diambil pengajaran oleh masyarakat Islam pada masa kini yang berdepan dengan kehidupan yang semakin mencabar.

Dalam majlis yang sama JAWHAR turut mengundang 2 orang pembentang yang tidak asing lagi iaitu Y.Bhg Prof. Dr. Aznan bin Hasan, Presiden Persatuan Penasihat Syariah dalam Kewangan Islam dengan kertas kerjanya bertajuk “Peranan Wakaf Dalam Pembangunan Ummah” dan Y.Bhg Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, Duta Wakaf Selangor dengan tajuk “Wakaf: Pengabdian Diri Kepada Allah SWT”.

Ternyata program yang dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) ini, mendapat sambutan yang amat menggalakkan oleh seramai 314 orang peserta yang hadir. Daya kreativiti penyampaian oleh kedua-dua pembentang turut memberi impak yang amat mendalam kepada diri para peserta untuk menyuntik semangat dan kesedaran melaksanakan amalan berwakaf. Di samping itu, para peserta juga diberi maklumat tambahan oleh wakil Perbadanan Wakaf Selangor iaitu Ustaz Anuar Hamzah Toha berkaitan aktiviti dan hasil pencapaian pewakafan yang telah dilaksanakan di negeri Selangor.  

Sejurus selepas program ini berakhir, para peserta tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan amal kebajikan ini dengan berwakaf di kaunter yang dibuka di sepanjang program ini berlangsung.

Oleh : Bahagian Wakaf, JAWHAR


{gallery}20131112{/gallery}

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.59 Subuh 6.09 Syuruk 07.20 Zohor 13.22 Asar 16.45 Maghrib 19.19 Isyak 20.33
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 18 Januari, 2021 @ 1:16 PM
Top