Awam Kerajaan Warga JAWHAR

JAWHAR INTELLECTUAL DISCOURSE (JID) BIL. 1/2014 : “Pusaka, Wasiat dan Hibah: Antara Hak dan Tanggungjawab”

DSC 0167

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menganjurkan program JAWHAR Intellectual Discourse (JID) Bil. 1/2014 pada 25 Februari 2014 (Selasa) bertempat di Auditorium Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya yang bertemakan “Pusaka, Wasiat dan Hibah: Antara Hak dan Tanggungjawab”.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Hj. Mu‘az bin Hj. Zawawi, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR dan telah disertai oleh lebih 400 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam sekitar Putrajaya dan juga pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Negeri seluruh Malaysia.

JID pada kali ini diadakan dalam bentuk forum yang mengetengahkan barisan ahli panel yang terdiri daripada Prof. Madya Mohd Ridzuan bin Awang, mantan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Nik Salida Suhaila binti Nik Saleh, Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia dan Tuan Hj. Wan Abdul Halim bin W Harun, mantan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan. Manakala moderator yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan forum ini adalah Ust. Indera Shahril bin Mohd Shahid dari Majlis Agama Islam Selangor.

Penganjuran JID pada kali ini yang membincangkan topik pusaka, wasiat dan hibah adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat Islam tentang kepentingan perancangan dan pengurusan harta menurut perspektif Islam yang melibatkan pusaka (faraid), wasiat dan juga hibah. Ia juga bertujuan untuk memberi kefahaman yang jelas antara hak dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh kita dalam isu-isu pengurusan harta pusaka selaras dengan tuntutan agama Islam.

Disediakan Oleh : Bahagian Mal, JAWHAR

{gallery}20140228{/gallery}

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top